Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



KUALA LUMPUR - "Akan terbeban, dan bakal menanggung kos hidup yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga tol mulai Khamis ini," demikian antara reaksi orang ramai  yang di temui Sinar Online.

Menurut Zulhusni Abd Rashid, 21, mahasiswa dari sebuah universiti Lembah Klang berkata, kos sara hidup kebanyakan rakyat dan mahasiswa di sekitar Lembah Klang bakal meningkat selepas penguatkuasaan kadar tol yang baharu ini.
"Semestinya akan terbeban selepas ini, kalau pelajar yang berkenderaan yang tinggal di luar   kampus hendak pergi kelas atau balik kampung misalnya, kos akan naik  sebab duit habis dekat tol dan minyak," katanya.

Dalam pada itu, Zulhusni ‎mempersoalkan di mana janji kerajaan, yang sebelum ini berjanji untuk membantu meringankan beban rakyat.

"Di mana janji kerajaan, dahulu kata pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan 'dikembalikan' kepada rakyat, tetapi sekarang kita tidak tahu ke mana perginya hasil tersebut.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab,  jangan buat seperti  ini, ia seperti  menindas orang susah," ujarnya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, yang hanya mahu dikenali sebagai Faizura, 26, berkata, sebagai pengguna tol di lebuh raya yang akan dinaikan kadarnya pada Khamis ini sudah semestinya akan membebankan dirinya.

"Sebagai pengguna terbebanlah, setiap hari  pergi balik kerja guna tol, jadi  memang terkesanlah selepas ini," katanya.

Dalam pada itu Faizura turut menuntut janji sepertimana yang dijanjikan kerajaan sebelum ini bahawa mereka berjanji untuk meringankan beban rakyat.

"Rasa macam tertipu, pemimpin kita janji untuk ringankan beban kita, tetapi sebaliknya yang berlaku.

"Tunaikan janji, mudahkan rakyat, kita sebagai rakyat bawahan sangat terasa sekarang. Dalam pada itu saya tertanya-tanya juga di mana hasil kutipan GST, sebab kerajaan janji nak 'pulangkan' kepada rakyat," katanya.

Manakala menurut, ‎Jesryani Atcher, yang juga merupakan seorang penuntut di sebuah universiti Lembah Klang juga turut berpandangan yang sama.

Katanya, dia ada mendengar rungutan daripada ibu bapanya bahawa bajet mereka terpaksa dikecilkan dek kerana kenaikan tol ini.

"Ibu Bapa saya akan benar-benar terkesan selepas ini," katanya.

Manakala menurut Mike, 29, seorang penjawat awam berkata, suara dan jerit perih rakyat seolah-olah sudah tidak didengari lagi oleh kerajaan.

"Tiada guna komen kenaikan tol kerana tiada siapa pun yang peduli.

"Dulu janji hasil kutipan GST  mampu tanggung tambang tol tapi akhirnya janji tinggal janji. Jika diberi pilihan mengundi pun, cara pimpinan semua sama sahaja, tidak memberi perubahan apa-apa," katanya.

Bermula hari ini, sebanyak 12 pengendali lebuh raya akan menaikkan kadar tol mereka.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Selain itu, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top