Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

GUA MUSANG: Rangka manusia yang dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi yang hilang baru-baru ini ditemui dalam keadaan sempurna oleh pasukan mencari dan menyelamat berhampiran tebing Sungai Perias pada jam 11.20 pagi, Sabtu.
Rangka itu ditemui kira-kira 10 meter dari penemuan dua kanak-kanak Orang Asli yang selamat pada Jumaat.
Rangka tersebut kemudiannya dibawa keluar melalui bot dan tiba di tebing Sungai Perias pada jam 1.30 petang tadi dan difahamkan akan dibawa ke Hospital Besar Gua Musang untuk dibedah siasat.
Penemuan rangka jasad itu merupakan yang kedua ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat dan kini tinggal seorang lagi kanak-kanak Orang Asli yang masih belum dijumpai, sejak mereka dilaporkan hilang pada 23 Ogos lalu.
KRONOLOGI: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
Seramai 127 anggota dan pegawai telah ditugaskan untuk mencari dan menyelamat kes kehilangan kanak-kanak Orang Asli ini termasuk 53 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 anggota pasukan gerakan am dan sembilan pegawai pendidikan.
Sebelum ini tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pos (SK) Tohoi, Gua Musang, dilaporkan hilang pada 23 Ogos selepas tidak pulang ke asrama akibat takut didenda guru kerana mandi sungai tanpa kebenaran.
Setakat ini tiga mayat telah ditemui dengan salah satunya telah dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie selepas melalui proses pengecaman pada 8 Oktober.
Dua kanak-kanak iaitu Norieen Yaakob, 10 dan Mirsudiar Aluj, 11 dijumpai selamat pada Jumaat.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top