Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Berbekalkan RM50, habis saja duty mama di sekolah pada jam 6.50 petang semalam, mama dengan ayah merempit ke pasar raya Giant. Disebabkan sudah terlambat, ayah mencari parking yang berdekatan dengan laluan tikus. Senang katanya, "Nanti mama terus ke area baby centre,". 

Sampai-sampai saja, terus mama dan ayah kerasukan mencari ride car RM29.90 (harga sale) adik ini tetapi tidak jumpa. Tetapi abang Giant kata, harganya RM79.90!

Kali kedua mama frust. RM50 mama genggam kuat-kuat. Mama baca Al-Fatihah tiga kali. Mama nak juga harga sale tu. Ayah tengok mama, kesian kot? Ayah suruh abang Giant carikan lagi, kot-kot ada. Memang ada lagi satu, ayah suruh abang Giant check harga.

Bila abang Giant kembali dari scan harga, dia tersenyum. Dari jauh abang Giant itu menjerit. 

"Yang ini RM29.90 kak, abang!"

Allahhu, rezeki kita dik. Mama dan ayah rasa macam nak buat chicken dance pada masa itu. Alhamdulillah, dapat juga ride car adik yang murah.

Dapat saja ride car adik, mama dengan ayah terus balik nak jumpa adik, nak beritahu adik yang mama dan ayah dah belikan adik toy besar. Mama kepit kotak ride car itu kuat-kuat bila ayah buat corner baring. Ayah pun nampak kemaruk atas motor, (motor tak laju, belang masuk bengkel). 

Muka adik terpesona nampak ride car yang ayah siap pasang malam tadi. Adik tak tahu nak ucapkan terima kasih tetapi mukanya senyum gitu. Itu maknanya adik suka.

Abang Aziq tukang tolak adik round-round satu rumah. Mama suka tengok suasana itu. Ala-ala drama gamaknya. 

Buat suami tercinta dunia akhiratku, terima kasih kerana sudi melayan mama yang senteng dengan mereng ini. Buat anak-anak mama, Abang Aziq, kekuatan mama dari dulu sampai sekarang. Nawra, penyejuk hati mama sampai bila-bila. - Mama Nawra

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top