Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Pengumuman kadar tol baru yang akan berkuatkuasa mulai 15 Oktober ini dibuat bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, kata kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR), hari ini.

Penyelarasan kadar tol baharu itu hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja, manakala kadar tol bagi lebuh raya antara bandar tidak berubah. Kadar tol bagi bas masih kekal pada kadar yang lama.

Dalam kenyataan akhbar itu menjelaskan, penyelarasan itu dilakukan bagi menggalakkan orang bandar menggunakan pengangkutan awam terutamanya bas.

"Usaha itu diambil bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam terutamanya bas yang akan menjadi satu pilihan mod pengangkutan ke destinasi serta mengurangkan kesesakan trafik. Selain itu, syarikat konsesi yang diberikan hak untuk menaikkan tol perlu melaksanakan projek pembangunan lain dalam usaha memberi kesan berganda pada ekonomi negara," kata kenyataan itu.

Penyelarasan itu terpaksa dilaksanakan selepas kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di semua lebuh raya yang layak menerima kenaikan sejak 2008 sebagai inisiatif mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu di media sosial, netizen mula membangkit janji-janji kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu di mana manifesto BN menyatakan bahawa Kerajaan akan menurunkan Kadar Tol secara berperingkat, harga kereta diturunkan 10-20% dan harga minyak kekal.

"Nak galakkan rakyat guna pengangkutan awam tetapi pengangkutan awam lembab. Kalau pengangkutan awam seperti Jepun atau UK, saya akan guna pengangkutan awam. Tiada maknanya saya nak beli kereta," kata Sanah Mohd.

"Bila rakyat kata menteri sekarang bodoh, marah. Habis semua nak ditahan SOSMA bagai. Agak-agak aku yang duduk di Rawang, kerja di Shah Alam, berapa banyak aku nak naik pengangkutan awam? Nak keluar dari rumah pukul berapa agaknya?" keluh Shazrin Salleh. 

"Menteri ini cakap memang senang. Cuba mereka sendiri guna pengangkutan awam untuk tempoh 5 tahun. Sanggup? Sudah tentu tidak. Menteri-menteri ini naik pengangkutan awam pun setahun sekali. Itu pun dibawa pihak media bersama untuk tunjuk pada rakyat kononnya pengangkutan awam itu selesa dan efisyen. Cakap bolehlah, semua makan minum menteri ditanggung rakyat," ujar Sofia. 

Kemarahan rakyat semakin membuak-buak dengan keputusan demi keputusan yang dibuat oleh kerajaan dilihat semakin membebankan rakyat. Sehingga ada yang berikrar enggan mengundi calon BN di PRU 14 akan datang.  - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top