Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Kerajaan berpendapat, tiada keperluan lagi untuk terus membayar pampasan yang tinggi kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk terus mengekalkan kadar tol yang semakin meningkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Memetik laporan The Rakyat Post, Wahid berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM510 juta dari tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berikutan keputusan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Januari lalu.

Bercakap pada program Soal Jawab TV3 malam tadi, beliau berkata jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding dengan pampasan RM403 juta yang dibayar kepada syarikat-syarikat konsesi pada tahun 2014.

"Oleh disebabkan itu, kami membenarkan syarikat konsesi menaikan kadar tol," katanya sambil menambah bahawa kenaikan itu dibuat mengikut perjanjian konsesi yang ditandatangani sebelum ini.

Katanya lagi, kenaikan itu hanya melibatkan lebuh raya di kawasan bandar dengan peningkatan kadar maksimum RM1. 

Jelas Wahid, langkah itu terpaksa diambil bagi membolehkan kerajaan membelanjakan sumber kewangan untuk rakyat dari segi pembangunan seperti sekolah dan klinik. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top