PUTRAJAYA - Pembentangan Bajet 2016 petang tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' mendapat pelbagai reaksi dari rakyat.
Dalam pembentangan itu, Najib berkata, Kerajaan akan terus mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat.
Di bawah, kami senaraikan antara perkara yang mendapat perhatian ramai:
1. Pihak pembangkang yang dulunya menentang keras pelaksanaan Cukai Barangna dan Perkhidmatan (GST) kini sudah mula menerima GST hatta telah memasukkannya dalam dokumen bajet mereka.
2. GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C dan D.
3. GST kadar sifat atas barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik, dhal, gula merah, mee kolok kering dan lain-lain.
4. GST kadar sifat ke atas tambahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 jenis penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
5. Pengguna pra-bayar telco warga MAlaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, dikreditkan terus mulai 1 Januari - 31 Disember 2016.
6. Bantuan Persekolahan RM100 akan diteruskan, dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
7. Program Baucar Buku 1Malaysia (RM250_ bagi 1.2 juta pelajar akan diteruskan.
8. Perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air Services dikecualikan daripada GST.
9. Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan Cyberjaya.
10. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan. Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M akan ditingkatkan dari RM950 ke RM1,000. Bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 - RM4,000, BR1M ditingkatkan dari RM750 ke RM850.
11. Skim Khairat Kematian RM1,000 akan diteruskan.
12. Individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan dari RM350 ke RM400.
13. Had pelepasan cukai bagi individu yang pasangannya tidka mempunyai pendapatan dinaikan dari RM3,000 ke RM4,000.
14. Anak-anak yang menyara ibubapa walaupun tidak tinggal bersama diberikan pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa dengan syarat ibu bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM3,000.
15. Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikan dari RM900 ke RM1,000 sebulan bagi Semenanjung. Gaji minimum Sabah, Sarawak dan Labuan dinaikan RM920 sebulan dari RM800 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.
PENJAWAT AWAM
Bagi menghargai Perkhidmatan Awam atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju;
1. Memberikan faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta dengan peruntukan RM1.1 bilion.
2. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam.
3. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam.
4. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.
5. Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun yang memanfaatkan 10,000 pegawai kontrak.
Pelaksanaan kesemua langkah di atas akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.
PEMBERIAN KHAS (BANTUAN KHAS, BUKAN BONUS)
Penjawat Awam akan menerima pemberian khas RM500 pada Januari 2016. Pesara Kerajaan akan menerima bayaran Bantuan Khas sebanyak RM250. - THEHYPEMEDIA