Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Di bawah adalah luahan sayu dari suami kepada Allahyarham Siti Nuroshlizan Zulkifli, antara jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren runtuh di Mekah. 

Luahan itu ditulis oleh suami beliau di laman Facebook isterinya, Umi Basheer, yang nyata menyentuh hati ramai netizen. Di kesempatan itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham Siti Nuroshlizan agar tabah dengan apa yang terjadi.


16 tahun masa kita bersama. Bukanlah mudah bahtera kehidupan yang kita bina bersama-sama dilayari. Pelbagai dugaan dan cabaran yang kita tempuhi bersama-sama.

16 tahun masa kita bersama, Umi sentiasa tabah dan sabar melayani pelbagai ragam dan perangai abah. Tidak sekelumit pun hilang kesetiaan Umi pada abah.

16 tahun masa kita bersama, kini Umi telah pergi buat selama-lamanya. Tiada orang yang paling bertuah di dunia ini abah rasakan selain daripada abah mempunyai seorang isteri yang solehah seperti Umi.

Kini, kami kehilangan sesuatu yang amat besar dalam kehidupan kami. Tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya dan kami seikhlas hati redha dengan ketentuanNya dan bersyukur perginya Umi sebagai seorang syuhada.

InshaAllah, abah akan penuhi hajat yang sentiasa Umi luahkan. Anak-anak abah akan isi dengan ilmu akhirat yang secukup-cukupnya. Biarlah suatu hari nanti anak-anak kita akan bergelar hafiz dan hafizah.

Moga-moga abah, kakak, adik dan Eiman dapat bertemu kembali dengan Umi di Sana nanti.

Abah halalkan dan ampunkan segala dosa-dosa Umi. Umi bagaikan kain putih bersih dan bagaikan bayi yang baru lahir bagi abah. Abah redha dengan segala-galanya. 

Damailah Umi di sana. Umi memang layak digelar syuhada. - Suami

Al-fatihah buat Allahyarham Siti Nuroshlizan Zulkifli. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top