Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Mendiang ASP Margaret

KUALA LUMPUR - Gara-gara menghina seorang pegawai polis yang maut dirempuh mat rempit ketika Ops Roda/Rempit, di Jalan Batu Pahat - Mersing, seorang tukang jahit dikenakan hukuman penjara selama dua bulan serta denda RM2,000 oleh mahkamah.


Muhammad Hanaffi Rahim, 21, yang berasal dari Batu Pahat, mengaku bersalah di atas pertuduhan menghina mendiang Margaret Tagum Goen, di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim setelah pertuduhan dan dibacakan terhadap tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam. 

Hanaffi pada 6 September lalu pada jam 1 petang, bertempat di kedai makan D'Riau Duo, memuat naik kenyataan penghinaan terhadap mendiang Margaret di aplikasi WeChat. Kenyataan Hanaffi itu berjaya dirakam dan diviralkan oleh netizen menyebabkan sudah terlambat bagi dirinya untuk membuat permohonan maaf.

Hanaffi telah didakwa di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan pertuduhan itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam.

Tertuduh didakwa telah membuat kenyataan penghinaan itu beberapa jam selepas meninggal dunia kerana motosikalnya pernah disita oleh sepasukan polis trafik yang diketuai oleh mendiang Margaret, seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, Julai lalu. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top