Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


NEW YORK - Rakyat Malaysia perlu bersedia membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi untuk pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita boleh kurangkan PTPTN, kami boleh berikan pendidikan percuma. Tetapi anda perlu meningkatkan cukai pendapatan. Di negara-negara Scandinavia, kadar cukai pendapatan paling tinggi adalah 65%. 

"Rakyat boleh dapat banyak perkara tetapi bersediakah untuk membayar 65% cukai pendapatan?" soalnya dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam, lapor MalaysiaKini.

Negara-negara Nordic seperti Sweden dan Norway yang terkenal dengan mempunyai pendidikan percuma sehingga peringkat lepasan ijazah, dan pelbagai faedah sosial.

Kadar cukai pendapatan di negara-negara tersebut bagaimanapun tinggi berbanding dengan Malaysia.

Cukai pendapatan di Malaysia pada masa antara 10 hingga 25 peratus, manakala di Norway dan Sweden, cukai pendapatan setinggi masing-masing 39 peratus dan 56.9 peratus. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top