Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


GUANGDONG - CHINA - Seorang wanita warga Guandong terkejut apabila mendapati nasi yang dimakannya sebenarnya adalah gulungan kertas kecil.

Difahamkan, beras kertas itu dicampur sekali dengan beras asli.

Wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Cai berkata, dia menyedari perkara tersebut selepas dia cuba mengunyah 'nasi' tersebut namun sukar.

Cai berkata kepada wartawan, dia dan keluarga pada mulanya tidak menyedari perkara tersebut. Tetapi selepas menghabiskan hampir separuh dari nasi tersebut, dia terkunyah sebutir nasi yang agak keras.


Cai kemudiannya membuang nasi itu dari mulutnya dan setelah diteliti, dia mendapati beras tersebut sebenarnya adalah gulungan kertas kecil.

Cai kemudian membuat laporan polis dan memberitahu dia membeli beras tersebut dari seorang penjaja jalanan. Tambah Cai, penjaja tersebut memberitahu beras yang dijualnya ditanam oleh petani luar bandar dan tidak menggunakan sebarang racun perosak. 

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top