JIANGXI, CHINA - Seorang lelaki dikecam netizen kerana mengarahkan ibunya yang berusia 60 tahun duduk di bahagian bonet kereta sepanjang perjalanan jauh.
Lelaki terbabit dilaporkan menyuruh ibu kandungnya duduk di bahagian belakang kereta agar anaknya boleh di kerusi tengah dengan selesa tanpa perlu mengerekotkan badannya.
Keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Wilayah Jiangxi ke Wilayah Hubei pada Rabu lalu. Mereka berhenti di check point pemeriksaan polis untuk pemeriksaan rutin.
Pemandunya, Encik Liu dan isterinya duduk di bahagian hadapan. Manakala anak lelaki mereka berbaring di tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan polis menemui seorang wanita warga emas duduk di bonet belakang.
Atas dasar tidak selamat, polis mengarahkan ibu Liu keluar dari bonet kereta dan polis mengambil tindakan terhadap Liu.
Bagaimanapun, wanita itu cuba memujuk polis agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap anak lelakinya itu. Lagipun dia tiada masalah duduk di bahagian bonet belakang.
Apa yang menariknya, kereta yang dipandu oleh Liu itu juga sebenarnya dibeli oleh ibunya sendiri untuk Liu.
Gambar yang tersebar di laman sosial negara itu mencetuskan kemarahan netizen dan mengecam Liu sebagai anak derhaka.
"Anak yang kejam! Saya tidak pernah melayan ibu saya seperti itu," kata Bing. - THEHYPEMEDIA