Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


GEORGETOWN – Seorang pemungut hutang maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang tidak dikenali di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun dan merupakan duda anak satu, dipercayai dalam perjalanan ke rumah kenalannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata lelaki itu sedang menunggang motosikal sendirian dari arah Jelutong ke Gelugor sebelum ditembak.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang tidak dikenalinya sebelum jatuh atas jalan raya,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Katanya suspek dipercayai lebih daripada seorang, menaiki sebuah kereta dan mereka terus melarikan diri selepas kejadian tembakan berkenaan.

Zakaria berkata pemeriksaan oleh Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor menemui beberapa kesan tembakan di kepala dan badan mangsa.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kejadian itu hanya disedari seorang pemandu bas lelaki Rapid Penang yang melalui kawasan berkenaan dan terdengar bunyi tembakan, dia kemudiannya melihat menerusi cermin sisi dan mendapati mangsa telah jatuh sebelum menghubungi polis,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan polis turut menemui satu kesan tembakan di belakang bas berkenaan.

Zakaria turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top