Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Ceritanya, saya dalam perjalanan dari Damai dan perasan kehadiran kereta suspek yang berada di hadapan beberapa buah kereta di depan saya. Kelihatan mereka memandu secara berbahaya yang dipercayai mabuk atau 'stim'.

Apabila menghampiri bulatan (sebelum terjadinya kemalangan), saya berada di lorong kanan manakala kereta mereka berada di lorong kedua dan secara tiba-tiba kereta itu memasuki lorong saya menyebabkan saya terpaksa brek mengejut dan membunyikan hon pada mereka.

Kemudian, saya teruskan perjalanan sehinggalah kereta itu tadi muncul dengan kelajuan sama dan menumbuk cermin kereta saya. 

Jadi saya memberhentikan kereta dan berikan penjelasan mengenai kejadian tadi tetapi rakan pemandu itu membuka pintu dengan kuat sehingga terkena pada kereta saya dan menyebabkan sedikit kemek. Lelaki itu juga turut menghentak tangannya yang menggunakan gelang besi pada cermin depan, mengakibatkan keretakan.

Saya cuba menjelaskan, mereka memasuki lorong saya secara tiba-tiba menyebabkan saya terkejut lalu membunyikan hon. Namun, lelaki itu tidak mengendahkan dan menumbuk saya dan berkata,

"Dari tadi I tengok you kat belakang,"

Itu bermaksud mereka tahu saya berada di lorong kanan dan mereka sengaja memasuki lorong saya?

Tiba-tiba muncul tendangan kaki masuk ke dalam tingkap, tetapi tidak mengenai saya. Ianya adalah kaki pemandu kereta itu.

Mereka kemudian terus mengasak dan memprovok saya keluar dari kereta untuk bergaduh, tetapi saya enggan menurut kemahuan mereka. Lagipun kereta saya telah dirosakkan dengan sengaja, tiada gunanya berbincang dengan mereka. 

Saya juga terdengar suara perempuan menjerit dari dalam kereta mereka. Saya menyesal tak merakam sebarang gambar atau video kejadian itu kerana semuanya berlaku dengan cepat dan tiba-tiba. 

Tetapi saya bersyukur kerana ada yang prihatin telah merakam gambar dan memuat naik gambar itu di laman sosial dan begitu juga dengan video. 

Saya akan buat laporan polis hari ini dengan video dan gambar tindakan dua lelaki itu. 


THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top