Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Berhati-hati ketika di Mydin Bertam. Anak bongsu abang saya hampir dibawa lari di depan mata!

5 Jun 2015

Abang dan kakak ipar saya bersama dengan empat orang nakam ereka sedang makan di food court Mydin. Anak bongsu di dalam kerusi bayi. 

Abang saya bangun pergi beli minuman, kakak ipar saya tengah suapkan anak-anak makan.

Datang seorang perempuan muda mencuit-cuit pipi anak bongsu yang sedang disuap makan. Dia tanya kakak ipar saya, nak dukung sat boleh? Terus dia angkat si kecil itu. Mula-mula dekat dekat situ saja. Lama-lama semakin jauh dan semakin laju. 

Untuk pengetahuan, Mydin baru saja lepas announced 'Pastikan anak-anak sentiasa berada dekat dengan anda,'.

Kakak ipar terus bangun kejar perempuan yang sudah tidak berpaling ke belakang walaupun dia tahu kakak ipar saya mengejar dia. 

Perempuan itu kelihatan seperti mencari-cari rakannya tetapi kakak ipar sempat mengambil si kecil dari perempuan itu.

Namun kakak ipar saya tak buat apa-apa sama ada tampar atau pun side kick sebab kakak ipar hanya fikirkan bayinya sahaja. 

Alhamdulillah sempat. Berhati-hati semua, depan mata tu!


Kredit - Nurul Bintang



About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top