KUCHING - Demikian amaran dari seorang pengguna bernama Miji yang mendedahkan produk makanan sejuk beku yang dibelinya itu adalah tiruan.
"Jangan beli hotdog jenama ini kerana ianya adalah tiruan, plastik, tidak mereput dan juga tidak akan rosak. Apabila digoreng, tidak dapat dimakan serta warnanya juga berlainan dengan hotndog jenama lain meskipun ada tanda halal dari JAKIM. Berhati-hati semua,"
Difahamkan, Miji membeli produk itu di kedai runcit berhampiran rumahnya. Hotdog berkenaan berwarna merah jambu dan nampak seperti getah.
"Sebelum digoreng, ia tampak lembut. Namun setelah digoreng, ia tidak dapat dipatahkan. Sama seperti gam.
"Dulu, saya pernah beli jenama ini yang asli. Tetapi yang ini berlainan pula, mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab meniru jenama produk berkenaan.
"Kalau hotdog yang asli, ia kelihatan seperti warna coklat. Saya nasihatkan sebelum membeli, periksa terlebih dahulu. Picitkan hotdog itu dan jika ia terasa seperti liat dan lain warnanya, jangan beli.
"Saya tak perasan sebelum ini. Saya goreng hotdog ini seperti biasa, namun tidak dapat dimakan apatah lagi nak dibengkokkan. Lalu saya menyimpannya di luar dan sehingga ke hari ini hotdog itu masih bagus, tidak kelihatan seperti rosak atau sewaktu dengannya. Pelik," katanya.
Melalui pemerhatian kami, produk makanan ini mungkin hanya dijual di pasaran Sarawak sahaja. Justeru, pengguna di Sarawak disarankan berhati-hati agar tidak terbeli makanan tiruan. -THEHYPEMEDIA.COM
