Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Perai: “Tulang saya mereput setiap hari dan sudah hampir 100 kali anggota badan saya dipotong sedikit demi sedikit,” kata Pauziah A Kadir, 52, yang mendakwa menghidap kanser tulang sejak 31 tahun lalu.

Apa yang mengagumkan, biarpun kini kudung kedua-dua kaki, tangan kurang berfungsi dan beberapa jari tangan sudah dipotong, dia masih gigih mencari rezeki dengan menjaja nasi lemak serta piza dengan menunggang motosikal.

Pauziah berkata, penyakit yang dialaminya itu menyebabkan dia berasa dirinya ibarat kayu yang semakin hari semakin reput akibat digigit anai-anai.

“Derita saya tidak ubah seperti kayu digigit anai-anai dan memang sedih apabila anggota badan saya dipotong sedikit demi sedikit selepas ia sudah tidak boleh digunakan lagi.

“Tapi, saya tak mahu menyerah kalah. Selagi terdaya, saya akan bekerja untuk meneruskan kehidupan dan tak mahu menyusahkan orang lain,” katanya yang tidak berkahwin dan tinggal bersama anak saudara, Siti Zulrihaiza Mohd Zulkafli, 26, di Kampung Pertama, di sini.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top