Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Kuala Lumpur: Graduan yang bertindak mengambil gambar selfie bersama Pro Canselor UiTM ketika istiadat konvokesyen memohon maaf atas tindakannya itu. Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, berkata dia tidak mampu mengawal perasaan teruja dan serok selepas menerima segulung diploma ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82.

“Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.



Tindakan Muhammad Hasrul Haris, graduan jurusan Fotografi dari UITM Lendu, Melaka, itu mengundang kritikan ramai apabila ia menjadi viral di laman sosial.

Menurut Muhammad Hasrul lagi, idea untuk berselfie diatas pentas itu datang setelah dia melihat konvokesyen dari sebuah universiti tempatan yang menampilkan para graduannya dari jurusan Sarjana Muda Seni Persembahan Tari melakukan aksi tarian ketika mengambil skrol.

Menurutnya, sebagai graduan jurusan Fotografi, berselfie adalah simbolik untuk jurusan itu.

“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.

“Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma,” katanya lagi. -

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top