PUTRAJAYA - Mulai 12:00 malam nanti, harga RON95 dilaporkan akan kembali kepada harga asal berikutan harga minyak dunia susah pulih.
Lapor Malaysian Digest, kenaikan sebanyak 20 sen itu menjadikan harga seliter petrol dari RM1.95 seliter kepada RM2.15 seliter.
Menurut laman itu lagi, perkara itu telah disahkan sendiri oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai harga RON97 dan Diesel sama ada harga kekal sama atau turut berubah. Setakat ini, RON97 dan Diesel masih kekal pada harga yang sama kerana tertakluk di bawah GST.
