Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


i) Fadhilat Cium Anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barang siapa keluar ke pekan & membeli barang-barang & kembali ke rumah dengan buah tangan unutk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah & tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekali gus mesej yang mengatakan "aku sayang anak aku" akan tersemat terus ke dalam jiwa.

ii) Fadhilat Cium Suami

Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami itu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dikucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadhilat Mencium Isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, boleh menjadi bahagia. Gelap kesedihan, boleh menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya: Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota: Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu untuk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.

JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM

Kredit kepada - Ustaz Sayuthi

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top