Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Seorang wanita memuat naik beberapa gambar anak saudaranya digigit teruk di bahagian badan sehingga meninggalkan kesan lebam dan gigitan yang kelihatan agak mengerikan pada 31 Mac, Selesa lalu.

Dayang, memuat naik gambar Riha, bayi berusia 8 bulan itu di laman Facebooknya yang tidak dapat menerima alasan kecuaian yang tidak masuk akal dari pihak taska terbabit.

"Sedihnya rasa bila dapat gambar-gambar ini dari Angah petang tadi. Sian Riha kena gigit kat nursery. Tak salahkan budak yang menggigit itu tapi mana pergi pengasuh pada masa itu?

"Alasan 'tak perasan', kalau satu je yang kena gigit bolehlah juga pakai alasan itu tetapi kalau dah banyak macam ini, maknanya bukan sekali kena gigit.

"Semasa Riha meraung-raung, diorang buat apa ye? Biar je la kot?

"Nasib baik anak saudara Makteh yang seorang ini kuat. Dari time ambil kat nursery sampai sekarang tak ada menangis atau mengamuk. Walaupun luka di pipi itu agak dalam juga, kita yang tengok pun terasa pedih," kata Dayang di laman Facebooknya.




Difahamkan, adik Riha telah dihantar ke nursery Imtiaz Aulad yang beralamat di No 2, Jalan Impian Putra 2/2, Taman Impian Putra, Kajang. 

Menurut Dayang, pengasuh memberikan alasan 'tidak perasan' akan insiden yang berlaku pada adik Riha kerana pada ketika itu pengasuh berkenaan sedang membuat susu untuk bayi lain. Pengasuh itu juga memaklumkan bahawa adik Riha telah digigit oleh seorang kanak-kanak yang lain berusia setahun lebih. 


Kejadian yang menimpa si kecil menyebabkan bapanya berang dengan pihak taska dan hampir membakar taska berkenaan namun dihalang oleh ibu bapa yang juga menghantar anak ke taska itu tanpa mengetahui punca sebenar kejadian.

Pemilik taska pula sehingga semalam tidak dapat dihubungi dan masih tidak memberikan sebarang jawapan mengenai kejadian itu.

Pemilik taska Imtiaz Aulad itu juga dilaporkan  berkata bahawa kes yang menimpa adik Riha tidak boleh dilaporkan kepada pihak polis berikutan tiada hitam putih yang mengatakan bayi itu telah didaftarkan di taskanya. 

"Owner boleh cakap yang kitorang tak boleh buat report sebab takde hitam putih baby ni  daftar kat situ. Tetapi kami ada simpan resit bayaran. Polis cakap itu pun sudah cukup sebagai bukti kitorang memang hantar baby kat situ.

"Sombong betul owner taska tu. Tak ada sepatah pun minta maaf, terus hentam kitorang macam itu je," katanya yang kesal dengan sikap sombong pemilik taska tersebut.


Difahamkan, adik Riha juga telah dihantar ke taska yang baru. Ibu bapa mangsa telah membuat laporan di balai polis serta aduan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum membawa mangsa menjalani pemeriksaan di hospital dan kini menunggu hasil siasatan pihak berkenaan.



About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top