Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


PUTRAJAYA - Kerajaan pusat setakat ini tidak merancang untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan ke atas harga jualan runcit Petrol RON97 seperti yang telah diumumkan dalam bajet tahunan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pengguna bagaimanapun masih mempunyai pilihan alternatif yang lain dengan menggunakan petrol RON95 yang tidak dikenakan GST, sebaliknya hanya dikenakan cukai secara pukal seperti diesel.

"Kita ada pilihan, kerana ada alternatif RON95. Sebab, RON 95 tidak dikenakan GST," katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST mulai April tidak akan membabitkan RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top