
LONDON - Perbuatan itu, sama ada disengajakan atau tidak, dianggap biadab tetapi satu kajian baharu mendedahkan kentut yang berbau busuk boleh menghalang pelbagai penyakit termasuk barah.
Penyelidik Universiti Exeter di England mendapati pendedahan kepada hidrogen sulfida atau apa yang dihasilkan tubuh sebagai bakteria memecahkan makanan, menyebabkan angin, boleh menghalang kerosakan mitokondria.
Faktor Utama Rawat Penyakit
Kajian berkenaan yang disiarkan dalam jurnal Medicinal Chemistry Communications, mendapati gas hidrogren sulfida dalam telur busuk dan kentut boleh menjadi faktor utama merawat penyakit.
"Walaupun hidrogen sulfida dikenali sebagai gas berbau busuk dalam telur busuk dan kentut, ia secara semula jadi dihasilkan dalam tubuh dan boleh menjadi 'wira' penjagaan kesihatan dengan implikasi penting bagi terapi masa depan untuk pelbagai penyakit," kata Profesor Dr Mark Wood.
Walaupun gas hidrogen sulfida bahaya dalam dos tinggi, kajian mendapati sedikit bau berkenaan mengurangkan risiko barah, angin ahmar, serangan jantung, artritis dan nyanyuk dengan mengekalkan mitokondria, lapor majalah The Week.
Seorang lagi penyelidik, Profesor Dr Matt Whiteman, berkata dalam kenyataan mereka meniru gas asli dalam sebatian baharu, AP39, untuk mendapat daedah kesihatan. - AGENSI