Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Dakwaan awal Sys Lieya akan Proton Exora terbakar kerana tangki minyak kereta diisi penuh, mendapat respon negatif dari netizen.

Ramai yang menganggap dakwaan itu karut dan tidak pernah mendengar kes sedemikian berlaku di Malaysia. 

Dakwaan Sys Lieya itu menjadi viral di laman Facebook. Setelah banyak menerima 'kecaman', Sys Lieya membuang status berkenaan dan tampil memberikan penjelasan baru mengenai perkara itu.

"Kejadian itu berlaku disebabkan tangki bocor dan dalam waktu yang sama bapa saudara saya isi minyak penuh.

Mengulas mengenai kenyataan minyak penuh punca kereta terbakar, ini pula penjelasan beliau.

"Kenyataan itu saya ambil daripada group. Saya gabungkan sekali sebab sebelum ini kawan ayah saya yang memiliki kereta Ferrari terbakar juga akibat isi minyak penuh. Pemilik itu sendiri yang beritahu,"

Lieya kesal apabila kenyataan awalnya mengenai kejadian yang menimpa kereta bapa saudaranya itu dikecam oleh netizen. 

"Lagipun saya cuma bagi peringatan. Tak salahkan walaupun benda tu sahih atau tak sahih sebab pernah berlaku pada keluarga terdekat," katanya. THE HYPE MEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top