Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


SELANGOR - Beberapa penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu. 

Lawton mengejut (spot check) yang dilakukan oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi dan Unit Integriti SUK Selangor di bangunan SSAAS itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.

“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ‘menangkap’ 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.

Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit. 



“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu.








About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top