Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KOTA BHARU - Para peniaga bukan Islam di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) marah dengan arahan menutup premis perniagaan setiap kali menjelang Jumaat selama satu jam setengah dari jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang.

Arahan itu telah menimbulkan bantahan dan kemarahan di kalangan ahli perniagaan bukan Islam yang ingin dikecualikan dari peraturan baru itu kerana mendakwa arahan itu hanya akan merugikan perniagaan mereka.

"Semua pekerja saya adalah bukan Islam. Jika saya menutup perniagaan selama dua jam setiap minggu, saya akan mengalami kerugian. Selama ini saya mendapat untung paling banyak pada hari Jumaat apabila semua kedai-kedai yang lain tutup," kata peniaga yang terkesan dengan arahan itu.

Menurut seorang lagi pemilik restoran tidak halal, mereka harus dikecualikan dari peraturan itu selain mendakwa arahan seperti itu tidak perlu dilaksanakan dan dianggap tidak sesuai.

Tambahnya, peraturan baru yang dikeluarkan oleh PBT ini seolah-olah mahu merugikan para peniaga dengan memaksa mereka mengikut ideologi Islam.

Kota Bharu adalah pihak berkuasa tempatan yang kedua melaksanakan peraturan itu selepas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu dimana  peraturan itu dikenakan terhadap semua premis perniagaan sama ada Islam atau bukan Islam.

Surat bertarikh 14 Januari yang ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Rosnazli Amin telah memberikan amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar dengan arahan tersebut dan amaran itu telah pun diedarkan kepada semua peniaga.

Mengulas mengenai isu tersebut, Timbalan Ketua MCA Kelantan, Tan Ken Tan berkata, peraturan itu tidak sepatutnya melibatkan entiti perniagaan yang tidak halal kerana waktu solat bagi umat Islam pada hari Jumaat adalah bersamaan dengan waktu makan tengah hari untuk orang lain.

“Ia akan menjadi sesuatu yang janggal untuk pelanggan. Sebelum ini, semua entiti perniagaan kecuali premis tidak halal boleh membuka perniagaan semasa solat Jumaat.

“Sekarang, ia telah menjadi mandatori untuk semua; jika tidak, lesen dan permit mereka tidak akan diperbaharui atau lebih teruk lagi, mereka perlu membayar denda, “katanya.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top