Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Perbuatan seorang lelaki dan seorang janda dengan membawa kanak-kanak berusia dua tahun bagi mengaburi penduduk terbongkar apabila mereka diserbu oleh ahli jawatan kuasa Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak dengan bantuan anggota polis di sebuah kondominium Taman Sri Gombak, petang kelmarin.

Dalam serbuan pada jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 40-an ditemui berseluar pendek dan pasangannya menyorok sambil memeluk anaknya di bahagian dapur.

Wanita berusia 25 tahun itu dipercayai kerap mengunjungi kondominium yang disewa lelaki itu semenjak beberapa bulan lalu.

Hasil pemeriksaan menemui beberapa kondom milik lelaki itu yang juga merupakan pengurus sebuah syarikat penerbangan.

RESPON ISTERI LELAKI TERBABIT

Hatinya hancur luluh apabila mengetahui suaminya ditangkap khalwat bersama dengan janda yang juga jiran ibunya.

Wanita malang yang berusia 40 tahun itu berkata, hatinya hancur apabila mengetahui suaminya tergamak melakukan perbuatan keji itu dengan seorang janda yang juga jiran kepada ibunya.

"Ibu kepada janda itu berkawan baik dengan ibu saya, malah mereka saling mengenali antara satu sama lain.

"Tidak sangka selama ini mereka menjalinkan hubungan malah sehingga ke bilik tidur," katanya.

Difahamkan pasangan itu dalam proses perceraian gara-gara hubungannya dengan si suami semakin retak semenjak setahun lalu akibat kehadiran orang ketiga.

"Sekiranya saya bertanya mengenai hubungannya dengan wanita lain, dia akan marah malah membelasah saya dengan teruk.

"Bulan lepas, saya turut dihentak dengan telefon bimbit kerana cuba membaca mesej pesanan ringkas dalam telefonnya.

"Bila didesak, suami tidak mengaku curang sehinggalah saya diberitahu dia ditangkap khalwat," katanya.

Bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu redha dengan apa yang berlaku.



"Saya hanya berserah kepada takdir, kalau perpisahan menjadi penyelesaian, saya redha demi kebaikan saya dan anak," keluhnya.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top