Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Terkini: Harga Minyak RON95, RON97 Dan Diesel Naik Lagi Mulai Jam 12.00 Tengah Malam Ini


Bermula jam 12 tengah malam ini iaitu 20 April 2017 harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu hadapan dilaporkan mengalami sedikit kenaikan, lapor portal Paultan.

Harga bagi petrol RON95 naik kepada RM2.27 daripada RM2.24 seliter iaitu kenaikan sebanyak 3 sen.

Bagi petrol RON97 pula naik kepada RM2.54 seliter daripada RM2.52 seliter iaitut kenaikan sebanyak 2 sen.

Manakala diesel turut naik kepada RM2.21 seliter daripada RM2.16 seliter iaitu kenaikan sebanyak 5 sen.


  • RON95: RM2.27 (naik 3 sen)
  • RON97: RM2.54 (naik 2 sen)
  • Diesel: RM2.21 (naik 5 sen)
Penentuan harga baru minyak untuk 20 April 2017 hingga 26 April 2017 adalah selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.

Sumber asal: www.siakapkeli.my .


[Wajid Baca] 4 Kelebihan Bekerja Di Singapura Yang Tidak Diketahui Ramai



Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!


3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.



Permohonan BR1M Tak Lulus , Orang Ramai Banjiri Media Sosial Dengan Hashtag #br1m



7 Mac - Sejak dari petang tadi, hashtag #br1m sekali lagi mula membanjiri media sosial Facebook dan Twitter apabila orang ramai melaporkan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dipohon mereka tidak diluluskan.

Maklumat dari orang ramai mendapati ada dari permohonan yang tidak diluluskan itu diberi dengan mesej alasan "maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)".

Selain itu, turut dipaparkan tempoh tarikh rayuan yang bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.


Di media sosial, pemohon-pemohon BR1M memuat naik keratan permohonan mereka yang tidak diluluskan dan bertanya kepada rakan-rakan mereka adakah menerima nasib yang sama.

Selain itu, ada juga yang meminta penjelasan disebalik alasan yang diberikan.

Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan status permohonan mereka telah diluluskan.

Status permohonan BR1M terbaru boleh disemak di https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016.

Sumber asal: www.siakapkeli.my.


6 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan

Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau bekas staf Malaysia Airlines yang dibuang kerja baru-baru ini.

Meh aku senaraikan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan korang.

1. Berniaga buah potong menggunakan motorsikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai.

Keuntungan biasanya 50%-60% daripada modal.

Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang).

Paling koman korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500

2. Khidmat potong rumput

Image result for potong rumput

Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman.

Tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit.

Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.

3. Menjual nasi RM4 di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran.

Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialahRM360 × 30 hari = RM10,800.

4. Jual air RM1 secawan depan sekolah masa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg.

mkna
MKNA
Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar.

Rata-rata penjual air bagitau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080

5. Berniaga apam balik

Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%.

4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM 800× 4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240

6. Jadi agen jualan produk

Jadi agen jualan produk, pilih yang laku keras bulan tu (kerana kebanyakan produk bermusim).

Cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item.

Jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar – Power Editor).

Sehari letak kos iklan RM80. Push sale sekurang-kurangnya 11 item close deal.

Setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550.

Tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110. Bersih RM360 × 30 hari = RM10,800

Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tetapi pulangan lumayan tapi cukuplah 6 jenis ini dahulu.

Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda. Anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

LIKE & SHARE supaya ilmu ini dapat disebarluaskan lagi kepada mereka yang betul-betul memerlukan untuk menyelesaikan hutang, kos rawatan anak-anak, ibu ayah yang sakit atau membeli barangan dapur.

Sumber asal: http://www.thevocket.com/idea-modal-rendah-rm10000-sebulan.


Lelaki ini Mendedahkan Rahsia Borong China dengan Cara Anti Ditipu

Image result for borong china

Terdapat 4 musim di Guangzhou iaitu musim bunga, hujan, panas dan sejuk. Perbezaan musim boleh menyebabkan kita mengalami masalah untuk menyesuaikan dengan keadaan disana dan boleh menyukarkan proses 'memborong'.

Ada waktu-waktu tertentu yang perlu dielakkan untuk memborong di  Guangzhou iaitu:-
1. Dua minggu sebelum dan selepas Chinese New Year.
2. Canton Fair
3. May Day (1 May)
4. National Day (1 - 7 Oct)

Pengangkutan
Tiga pengangkutan di Guangzhou ialah Metro (lrt), teksi dan tut tut. Metro merupakan pengangkutan yang termurah diikuti oleh teksi dan kemudiannya tut tut.

Setiap pusat memborong di Guangzhou boleh diakses dengan Metro dan merupakan pengangkutan yang di'recommend' namun kemahiran membaca peta diperlukan kerana banyak pintu keluar Metro dan agak 'complicated'.


Sekiranya ingin menaiki teksi, kita hendaklah berhati-hati kerana kita kemunggkinan besar boleh ditipu. Banyak jugak teksi 'copy' yang tidak menggunakan meter. Cara berikut boleh digunakan untuk mengenali teksi 'copy' atau teksi betul.
1. Teksi copy selalunya berwarna hijau. Walaupun begitu ada juga teksi betul yang berwarna hijau.
2. Diatas 'bumper' dan dibawah nombor plate terdapat batang penghadang selari dengan bumper untuk teksi betul manakala tekso 'copy' tiada batang penghadang tersebut.
3. Bila nak masuk teksi, duduk di hadapan. Kalau teksi 'copy' dia tak akan benarkan customer duduk dihadapan. Ini juga untuk mengelakkan dari ditipu dengan duit palsu. Sekiranya kita duduk di belakang, bila kita hulur duit, pemandu boleh tukar duit yang kita bagi kepada duit palsu memandangkan kita tak nampak. Dia akan hulur balik duit yang palsu sambil cakap 'copy copy'. Jadi, kita kena duduk depan. Boleh nampak apa yang dia buat.

Tips untuk menahan teksi ialah dengan memegang sekeping card yang ada lokasi tempat yang kita nak pergi. Bila teksi berhenti, tunjukkan dia kad tersebut. Kalau tak, peluang untuk teksi berhenti amat tipis kerana mereka  tak boleh berbahasa inggeris.

Tut-tut merupakan basikal atau motosikal beroda tiga dan yang termahal antara ketiga-tiga pengangkutan. Orang yang nak naik tut-tut perlu berani kerana mereka boleh membawa kita menentang arus. Untuk dapatkan harga tut-tut yang murah cari tut-tut yang dibawa oleh OKU.

Modal/Kos
Modal permulaan yang diperlukan untuk memborong cuma RM3,000 - RM5,000 sahaja tidak termasuk kos trip. Plaza borong tidak menerima kad kredit dan bayaran hanya melalui tunai (Yuan & renmimbi) sahaja. Pastikan tukaran matawang dibuat di Malaysia kerana di Guangzhou dah tak ada  tempat nak tukar.

Barang keperluan
Smartphone penting dan sebelum ke China, download dulu wechat, mudah.my, lelong.com, arah kiblat dan offline google translate. Di China tiada facebook dan mereka menggunakan Wechat. Manakala talian internet tak berapa bagus dan google translate perlu di'setting' offline.

Patikan juga makanan yang senang dimakan seperti makanan segera dalam tin, roti minuman 3 in 1 dibawa bersama kerana sukar untuk mendapatkan makanan halal dan orang china tidak makan pagi.

Untuk keselesaan berjalan jauh, kasut sukan atau kasut 'flat' yang selesa diperlukan. Bawa bersama juga pouch bag untuk mengelakkan kes kecurian. Barangan lain yang diperlukan ialah backpack, bateri handphone, universal plug/adapter, troley, sejadah, ubatan, cardholder untuk simpan business card dan yang paling penting passport dan visa yang perlu dibawa setiap masa.

Budaya Orang China
Gunakan nama panggilan Miss, Madam dan tidak 'aggressive' seperti salam berpeluk, bertepuk tampar dan sebagainya. Jangan mulakan perbualan dengan 'ni hau ma' sebaliknya gunakan 'ni hau'. 'ni hau ma' hanya digunakan untuk orang yang dah lama kenal.


Untuk memulakan urusniaga atau pertanyaan;
tanya "ni hau" lepas tu ambil barang yang kita berminat nak beli dan tanya "how much"
pekedai akan tanya balik "how much". masa tu jawab "many-many". dia mungkin akan tanya lagi, jawab "many-many" lagi. Tapi kalau dia tanya "how much" untuk kali ketiga jawab terus berapa "pieces" yang kita nak sebab dia boleh faham bahasa inggeris.

Seterusnya, bila pekedaikan tunjukkan harga jangan buat muka 'excited' atau 'happy' bila harga murah. Sebaliknya buat muka macam tak puas hati konon-konon harga barang tu masih mahal dan cakap "less-less".

Pekedai akan kira lagi dan tunjukkan harga dengan 'calculator'. Bila tengok harga yang dia tunjuk, buat muka konon-konon harga barang tu mahal sambil cakap "less-less" lagi. Pekedai akan "cu cia wo ni po wa pot pet pot pet" sambil kira dan tunjukkan harga lagi.

Untuk kali seterusnya cakap "less-less" lagi. Kalau dia marah, cakap "last-last". Dia akan kira lagi dan tunjukkan harga yang terakhir. Masa tu mengeluh konon-konon harga barang tu mahal. Jangan lupa cakap "shey shey" (terima kasih).

jangan lupa minta business card pekedai. Nak minta business card cakap "min pien" atau car pien". Ambil card dengan kedua belah tangan sambil buat excited dan happy tengok business card konon-konon kita faham apa yang dia tulis kat situ.

Kemudian jalan perlahan untuk pergi ke kedai lain untuk buat tawaran lain. Pekedai tu mungkin akan panggil kita untuk bagi harga lagi murah kat kita. Kalau dia tak panggil, maksudnya harga yang dia bagi tu dah paling murah dah.

Kalau pergi survey kedai lain selepas tu dan kedai yang ni paling murah, boleh datang balik untuk beli barang dengan dia.

Shipping
Kos 'shipping' adalah RM400 + 6% GST untuk 1 meter padu.

Packaging
Gunakan kotak kayu untuk penghantaran barang kaca atau berat. Boleh buat tempahan kotak kayu di pusat borong 'tai kan yu' dan lekatkan marking code sebelum penghantaran.

Margin Keuntungan
Jangan beli kalau margin keuntungan kurang dari 200%.

Bezakan duit palsu dan duit asal
Duit Palsu dan duit asal boleh dibezakan dengan perkara berikut:
1. Bahagian rambut dan kolar duit asal terasa lebih kasar jika digosok. Manakala duit palsu rasa macam kertas A4.
2. Jika diletak bawah cahaya, duit asal tiada gambar orang dibahagian kosong yang berwarna putih.
3. Di bawah bucu terdapat benda yang bersinar untuk duit asal.

Lokasi Borong
1. Plaza borong pakaian kanak-kanak - Zhongshan Ba
2. Plaza Borong Gajet - Nan Fang Dasha
3. Plaza Borong 'hardware' - Foshan, Baiyun, Nan An Lu, Nan Tien
4. Plaza Borong Pakaian Lelaki - Cheng Shi Lu, Yuejiang (lebih murah)
5. Plaza Borong Pakaian Wanita - Cheng Shi Lu, Liuhua
6. Plaza Borong Barangan Kulit - Baiyun World Leather
7. Plaza Borong Mainan Kanak-Kanak - E Te Lu
8. Plaza Borong Percetakan - E Te Lu
9. Plaza Borong Makmal & Hospital - E Te Lu
10. Plaza Borong Hotel & Bakeri - Nan Tien
11. Plaza Borong 'Jewellery' - Taikang Yu
12. Plaza Borong Tekstil - Zhongtai
13. Plaza Borong Alatan Sukan - Nan An Lu
14. Plaza Borong Cermin Mata - Renminlu
15. Plaza Borong Jam Tangan - Cheng Shi Lu

*Nota:-
- Ejaan sebenar untuk lokasi yang diwarnakan tidak dapat dipastikan.
  Plaza Borong Jam Tangan
  - Jam tangan yang berkualiti hanya dijual di secret chamber atau bilik rahsia yang tak semua orang    boleh masuk.
- Gred jam dikira berdasarkan gred enjin dan didatangkan dalam tiga gred. Gred yang paling bagus ialah Swiss made diikuti Japan made dan kemudian China Made.

Plaza Borong Barangan Kulit
- Secret Chamber juga terdapat di Plaza Borong Barangan Kulit.
- Plaza Borong adalah didalam 'Shopping Mall'.
- Jika masuk ke dalam 'shopping mall' dan nampak beg yang tergantung untuk 'display', 'quality' beg tersebut adalah yang 'low quality'.
- Beg yang berkualiti hanya dipamerkan dan dijual di secret chamber.
- Gred beg tangan boleh dikategorikan sebagai 'one to one' dan AAA. 'One to one' adalah beg original yang dibuat di Kilang yang sama dan AAA bukan original tetapi menyamai original.

Sumber asal: http://i-am-workathome-momma.blogspot.my/2015/08/tips-borong-di-guangzhou.html.


'Dah Kahwin, Buat Cara Kahwin'

Gambar Hiasan

Ada suami yang suka keluar malam melepak dengan kawan-kawan, minum kopi sampai ke pagi. Bila isteri marah, lalu dikata:
  • Isteri Queen Control
  • Jealous tak bertempat
  • Isteri orang lain okay saja
  • Tak faham
  • "Nanti apa kata kawan-kawan saya?"
Wahai para suami, keselamatan anak isteri di rumah, kasih sayang yang lopong dalam rumah, masa seharian untuk bekerja ditambah pula malam-malam keluar melepak, langsung tak ada masa untuk anak dan isteri. Ada fikir? 

Agaknya kalau terjadi apa-apa pada anak isteri semasa anda keluar melepak sampai ke pagi, apa yang kawan anda boleh buat? 
  • Ada kawan nak masak untuk anda?
  • Ada kawan nak bantu mencari duit untuk keluarga anda?
  • Siapa peneman tidur anda? Kawan atau isteri?
  • Siapa yang dipersoalkan kalau anda gagal mendidik anak? Kawan atau anda sendiri?
  • Anak siapa yang jadi tanggungjawab anda? Anak anda atau anak kawan-kawan?

Tolong berhenti guna term. "Nanti apa kata kawan-kawan saya". Typical reason sangat. 

Nak melepak boleh, silakan tetapi berpada-pada. Nak berkawan boleh, silakan. Tetapi berpada-pada. Nak bersukan apa sahaja pun boleh, tetapi berpada-pada. Jam 12 tengah malam itu adalah waktu yang sepatutnya anda berada di rumah sebagai suami, pelindung anak dan isteri. Bukannya di meja mamak atau di jalanan. 

Kalau kerana bekerja, tak mengapalah juga. Tetapi kalau bukan kerana kerja, apa cerita? Seminggu dua kali okay saja, tetapi kalau setiap hari, isteri gila saja tak marah. Ingat, anda suami dan bapa orang, bukannya berstatus bujang. 

Memang, suami orang kalau duduk melepak sehingga jam 6 pagi, orang tak kata apa-apa. Isteri orang kalau jam 12 malam masih ada di meja mamak lagi memang sikit lagi bakal menjadi janda kotnya. 

Tetapi gunalah akal dan pertimbangan. Bila berkahwin, buat cara seperti berkahwin. Zaman melepak sampai subuh, keluar sana sini itu semua sudah berlalu. Nak tak nak, kena hadap dan terima. Kalau tak boleh terima, kenapa berkahwin at the first place?

Di rumah anda itu ada anak orang dan amanat kecil yang perlu dijaga. Kalau anda sebagai bapa tiada di rumah hari-hari dari pagi sampai ke malam, siapa yang mahu menjadi pelindung mereka? Tak tahulah kalau anda ada membela saka untuk menjaga anak isteri semasa anda tiada di rumah. 

Jangan menjadi suami yang terpaksa mengikut kawan. Jadilah suami yang kawan terpaksa mengikut anda. Nasihat ini berbentuk umum. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Yang baik, ambil. Yang buruk, buang. - Nurulbadiah Lai | The Reporter

Sumber asal: http://www.thereporter.my/2016/09/dah-kahwin-buat-cara-kahwin.html
 .


Isteri Diluar Sana, Kalau Ada Ego, Baran Dan Buta Hati Macam Aku, Bacalah Nukilan Ini, Sedarlah Sebelum Terlambat


Sudah pasti ramai lelaki diluar sana takut untuk mendekati wanita yang lebih besar pangkat atau gajinya daripada mereka kerana rasa tidak layak atau takut dikata menumpang harta isteri.

Namun jika dilihat pada alam realiti, ada pasangan yang sebegini di mana si isteri gaji lebih besar daripada sumai namun mereka mampu hidup bahagia sengan saling bantu membantu.

Semua yang terjadi ini adalah terserah kepada sikap individu itu tersendiri, jika pandai kita mengawal maka yang baiklah terjadi, jika termakan dengan hasutan iblis maka sebaliknya akan terjadi.

Seorang isteri yang terlalu mengikut perasaan sehingga menyebabkan hubungan dia dan suami berakhir telah tampil menyatakan kekesalan, menurutnya, dek kerana gajinya yang lebih besar membuatkan dia rasa tidak memerlukan suaminya untuk hidup.

Namun, apabila dia kehilangan suaminya, barulah dia sedar dan menyesal membuatkan beliau membuat nukilan ini di IIUM Confessions di mana meminta isteri-isteri diluar sana yang mempunyai perangai sepertinya supaya cepat-cepat sedar.

Jom kita baca.

Assalamualaikum readers….

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.




Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

 

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi. Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam. Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak. Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi. Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.



Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Aku rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Aku rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.

Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku.

– Nurul

Sumber asal: http://www.siakapkeli.my/2016/09/isteri-diluar-sana-kalau-ada-ego-baran.html.


⬆
Top