Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Image result for borong china

Terdapat 4 musim di Guangzhou iaitu musim bunga, hujan, panas dan sejuk. Perbezaan musim boleh menyebabkan kita mengalami masalah untuk menyesuaikan dengan keadaan disana dan boleh menyukarkan proses 'memborong'.

Ada waktu-waktu tertentu yang perlu dielakkan untuk memborong di  Guangzhou iaitu:-
1. Dua minggu sebelum dan selepas Chinese New Year.
2. Canton Fair
3. May Day (1 May)
4. National Day (1 - 7 Oct)

Pengangkutan
Tiga pengangkutan di Guangzhou ialah Metro (lrt), teksi dan tut tut. Metro merupakan pengangkutan yang termurah diikuti oleh teksi dan kemudiannya tut tut.

Setiap pusat memborong di Guangzhou boleh diakses dengan Metro dan merupakan pengangkutan yang di'recommend' namun kemahiran membaca peta diperlukan kerana banyak pintu keluar Metro dan agak 'complicated'.


Sekiranya ingin menaiki teksi, kita hendaklah berhati-hati kerana kita kemunggkinan besar boleh ditipu. Banyak jugak teksi 'copy' yang tidak menggunakan meter. Cara berikut boleh digunakan untuk mengenali teksi 'copy' atau teksi betul.
1. Teksi copy selalunya berwarna hijau. Walaupun begitu ada juga teksi betul yang berwarna hijau.
2. Diatas 'bumper' dan dibawah nombor plate terdapat batang penghadang selari dengan bumper untuk teksi betul manakala tekso 'copy' tiada batang penghadang tersebut.
3. Bila nak masuk teksi, duduk di hadapan. Kalau teksi 'copy' dia tak akan benarkan customer duduk dihadapan. Ini juga untuk mengelakkan dari ditipu dengan duit palsu. Sekiranya kita duduk di belakang, bila kita hulur duit, pemandu boleh tukar duit yang kita bagi kepada duit palsu memandangkan kita tak nampak. Dia akan hulur balik duit yang palsu sambil cakap 'copy copy'. Jadi, kita kena duduk depan. Boleh nampak apa yang dia buat.

Tips untuk menahan teksi ialah dengan memegang sekeping card yang ada lokasi tempat yang kita nak pergi. Bila teksi berhenti, tunjukkan dia kad tersebut. Kalau tak, peluang untuk teksi berhenti amat tipis kerana mereka  tak boleh berbahasa inggeris.

Tut-tut merupakan basikal atau motosikal beroda tiga dan yang termahal antara ketiga-tiga pengangkutan. Orang yang nak naik tut-tut perlu berani kerana mereka boleh membawa kita menentang arus. Untuk dapatkan harga tut-tut yang murah cari tut-tut yang dibawa oleh OKU.

Modal/Kos
Modal permulaan yang diperlukan untuk memborong cuma RM3,000 - RM5,000 sahaja tidak termasuk kos trip. Plaza borong tidak menerima kad kredit dan bayaran hanya melalui tunai (Yuan & renmimbi) sahaja. Pastikan tukaran matawang dibuat di Malaysia kerana di Guangzhou dah tak ada  tempat nak tukar.

Barang keperluan
Smartphone penting dan sebelum ke China, download dulu wechat, mudah.my, lelong.com, arah kiblat dan offline google translate. Di China tiada facebook dan mereka menggunakan Wechat. Manakala talian internet tak berapa bagus dan google translate perlu di'setting' offline.

Patikan juga makanan yang senang dimakan seperti makanan segera dalam tin, roti minuman 3 in 1 dibawa bersama kerana sukar untuk mendapatkan makanan halal dan orang china tidak makan pagi.

Untuk keselesaan berjalan jauh, kasut sukan atau kasut 'flat' yang selesa diperlukan. Bawa bersama juga pouch bag untuk mengelakkan kes kecurian. Barangan lain yang diperlukan ialah backpack, bateri handphone, universal plug/adapter, troley, sejadah, ubatan, cardholder untuk simpan business card dan yang paling penting passport dan visa yang perlu dibawa setiap masa.

Budaya Orang China
Gunakan nama panggilan Miss, Madam dan tidak 'aggressive' seperti salam berpeluk, bertepuk tampar dan sebagainya. Jangan mulakan perbualan dengan 'ni hau ma' sebaliknya gunakan 'ni hau'. 'ni hau ma' hanya digunakan untuk orang yang dah lama kenal.


Untuk memulakan urusniaga atau pertanyaan;
tanya "ni hau" lepas tu ambil barang yang kita berminat nak beli dan tanya "how much"
pekedai akan tanya balik "how much". masa tu jawab "many-many". dia mungkin akan tanya lagi, jawab "many-many" lagi. Tapi kalau dia tanya "how much" untuk kali ketiga jawab terus berapa "pieces" yang kita nak sebab dia boleh faham bahasa inggeris.

Seterusnya, bila pekedaikan tunjukkan harga jangan buat muka 'excited' atau 'happy' bila harga murah. Sebaliknya buat muka macam tak puas hati konon-konon harga barang tu masih mahal dan cakap "less-less".

Pekedai akan kira lagi dan tunjukkan harga dengan 'calculator'. Bila tengok harga yang dia tunjuk, buat muka konon-konon harga barang tu mahal sambil cakap "less-less" lagi. Pekedai akan "cu cia wo ni po wa pot pet pot pet" sambil kira dan tunjukkan harga lagi.

Untuk kali seterusnya cakap "less-less" lagi. Kalau dia marah, cakap "last-last". Dia akan kira lagi dan tunjukkan harga yang terakhir. Masa tu mengeluh konon-konon harga barang tu mahal. Jangan lupa cakap "shey shey" (terima kasih).

jangan lupa minta business card pekedai. Nak minta business card cakap "min pien" atau car pien". Ambil card dengan kedua belah tangan sambil buat excited dan happy tengok business card konon-konon kita faham apa yang dia tulis kat situ.

Kemudian jalan perlahan untuk pergi ke kedai lain untuk buat tawaran lain. Pekedai tu mungkin akan panggil kita untuk bagi harga lagi murah kat kita. Kalau dia tak panggil, maksudnya harga yang dia bagi tu dah paling murah dah.

Kalau pergi survey kedai lain selepas tu dan kedai yang ni paling murah, boleh datang balik untuk beli barang dengan dia.

Shipping
Kos 'shipping' adalah RM400 + 6% GST untuk 1 meter padu.

Packaging
Gunakan kotak kayu untuk penghantaran barang kaca atau berat. Boleh buat tempahan kotak kayu di pusat borong 'tai kan yu' dan lekatkan marking code sebelum penghantaran.

Margin Keuntungan
Jangan beli kalau margin keuntungan kurang dari 200%.

Bezakan duit palsu dan duit asal
Duit Palsu dan duit asal boleh dibezakan dengan perkara berikut:
1. Bahagian rambut dan kolar duit asal terasa lebih kasar jika digosok. Manakala duit palsu rasa macam kertas A4.
2. Jika diletak bawah cahaya, duit asal tiada gambar orang dibahagian kosong yang berwarna putih.
3. Di bawah bucu terdapat benda yang bersinar untuk duit asal.

Lokasi Borong
1. Plaza borong pakaian kanak-kanak - Zhongshan Ba
2. Plaza Borong Gajet - Nan Fang Dasha
3. Plaza Borong 'hardware' - Foshan, Baiyun, Nan An Lu, Nan Tien
4. Plaza Borong Pakaian Lelaki - Cheng Shi Lu, Yuejiang (lebih murah)
5. Plaza Borong Pakaian Wanita - Cheng Shi Lu, Liuhua
6. Plaza Borong Barangan Kulit - Baiyun World Leather
7. Plaza Borong Mainan Kanak-Kanak - E Te Lu
8. Plaza Borong Percetakan - E Te Lu
9. Plaza Borong Makmal & Hospital - E Te Lu
10. Plaza Borong Hotel & Bakeri - Nan Tien
11. Plaza Borong 'Jewellery' - Taikang Yu
12. Plaza Borong Tekstil - Zhongtai
13. Plaza Borong Alatan Sukan - Nan An Lu
14. Plaza Borong Cermin Mata - Renminlu
15. Plaza Borong Jam Tangan - Cheng Shi Lu

*Nota:-
- Ejaan sebenar untuk lokasi yang diwarnakan tidak dapat dipastikan.
  Plaza Borong Jam Tangan
  - Jam tangan yang berkualiti hanya dijual di secret chamber atau bilik rahsia yang tak semua orang    boleh masuk.
- Gred jam dikira berdasarkan gred enjin dan didatangkan dalam tiga gred. Gred yang paling bagus ialah Swiss made diikuti Japan made dan kemudian China Made.

Plaza Borong Barangan Kulit
- Secret Chamber juga terdapat di Plaza Borong Barangan Kulit.
- Plaza Borong adalah didalam 'Shopping Mall'.
- Jika masuk ke dalam 'shopping mall' dan nampak beg yang tergantung untuk 'display', 'quality' beg tersebut adalah yang 'low quality'.
- Beg yang berkualiti hanya dipamerkan dan dijual di secret chamber.
- Gred beg tangan boleh dikategorikan sebagai 'one to one' dan AAA. 'One to one' adalah beg original yang dibuat di Kilang yang sama dan AAA bukan original tetapi menyamai original.

Sumber asal: http://i-am-workathome-momma.blogspot.my/2015/08/tips-borong-di-guangzhou.html.


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top