Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Dr. Mahathir Umum Keluar UMNO



Putrajaya, 29 Feb: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari UMNO berkuat kuasa serta merta bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Pengumuman berkenaan dibuat menerusi satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 hari ini.

"Saya tidak boleh menjadi ahli bagi parti macam ini. Dari dulu UMNO bersusah payah untuk membangunkan negara, bukan untuk kepentingan seorang individu sahaja.

"Dalam hati saya masih UMNO. Saya sayangkan parti ini dan saya tidak akan menyertai mana-mana parti atau menubuhkan parti baru," katanya.

Mahathir berkata, keputusan itu diambil tanpa perbincangan dengan mana-mana pihak.

Tambah beliau juga, surat rasmi mengenai perkara tersebut akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.
.


(Video) Islam Haram Jual Beli Kucing - Dr. Fathul Bari



SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai dalam kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing sebenarnya adalah haram.

Menerusi rakaman video program beliau, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas) Fathul Bari berkata larangan itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Katanya juga, orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan tersebut hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.

"Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," kata beliau.

Dipetik dari Facebook rasminya, Fathul Bari memetik hadis mengenai perkara itu bersama video rakaman tersebut :

Dari Abu Az Zubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,

زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ

"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras hal ini." [HR. Muslim no. 1569].

Abu Muhammad Ibnu Hazm mengatakan bahawa yang dimaksud dengan 'zajar' dalam hadis di atas adalah larangan keras. [Al Muhalla, 9: 13]

Lagi dari Jabir, beliau berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing." [HR. Abu Daud no. 3479, An Nasai no. 4668, Ibnu Majah no. 2161 dan Tirmidzi no. 1279. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih].

Islam Mengharamkan Jual Beli KucingDari Abu Az Zubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir...
Posted by Dr. Fathul Bari on Tuesday, 23 February 2016

.


Auta 'doktor' FB


Putrajaya: Berlagak pandai seolah-olah mendalami semua bidang ilmu dan pada masa sama, memuat naik di laman sosial mengenai penjelasan dan maklumat tidak sahih serta terpesong daripada maksud sebenar.

Mereka bukan ahli atau pakar bidang tertentu dan maklumat yang disebarkan memperlihatkan kononnya golongan terbabit sudah melakukan kajian bertahun lamanya.

Lebih membimbangkan, beberapa individu ini yang aktif dalam laman sosial Facebook (FB) dilihat menggunakan slogan Islam sebagai alasan untuk menguatkan lagi hujah mereka.

Golongan kononnya ustaz dan ustazah FB ini dilihat mempergunakan agama sekali gus ia mencerminkan kepada masyarakat setiap maklumat dan hujahan yang disebarkan itu adalah betul belaka.

Tanpa mendedahkan diri masing-masing, puak lagaknya seperti patuh agama ini turut berjaya mempengaruhi segelintir nitizen apabila mempunyai jumlah pengikut dan penyokong yang ramai sehingga mencecah ribuan.

Penelitian dan pemerhatian terhadap setiap status serta maklumat dimuat naik pada FB mereka mendapati, antara isu hangat yang sering ditimbulkan seperti vaksin bayi, bersalin di rumah selain perkara berkaitan perubatan dan kesihatan.

Biarpun bukan dalam kalangan doktor atau pakar perubatan dan kesihatan, individu terbabit mengeluarkan pandangan dan menyebar maklumat seolah-olah mereka profesor serba tahu.
Pemerhatian menerusi akaun FB juga mendapati, mereka ‘aktif’ menghentam dan mempersoalkan usaha yang dijalankan Kementerian Kesihatan terutama berkenaan vaksin bayi.

Walaupun terdapat usaha daripada pihak Kementerian Kesihatan memberi penjelasan dan maklum balas setiap dakwaan ustaz dan ustazah FB ini, golongan terbabit tetap ego dan tidak boleh menerimanya.

Kementerian Kesihatan turut dituduh menyembunyikan fakta dan situasi sebenar berhubung vaksin bayi apabila golongan ini mempersoalkan mengenai Garis Panduan Farmakovigilans Keselamatan Vaksin di Malaysia sedangkan sudah berbuih mulut penjelasan dibuat.

Antara dakwaan mereka ialah vaksin mendatangkan risiko, menyebabkan bayi ‘tidak organik’ selain mendakwa sistem imunisasi anak yang divaksin ‘diceroboh’ bahan asing.

Lebih malang apabila mereka mendakwa vaksin adalah agenda Yahudi selain memberi alasan agama mengamalkan pemakanan sunnah adalah terbaik bagi sistem imunisasi.

Mereka juga mendakwa vaksin yang diberi kepada bayi mengandungi pelbagai bahan terlarang seperti toksin, najis, janin lembu dan buah pinggang monyet sedangkan golongan ini tidak pernah pun melakukan kajian mendalam terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, ada dalam kalangan mereka turut menyokong dan menyebarkan maklumat mengenai bersalin di rumah bukan di hospital.

Perbuatan itu dilihat memperjudikan nyawa apabila bersalin tanpa pemantauan doktor dan jururawat hanya ditemani suami yang sudah terang-terangan bukan dalam kalangan ahli perubatan.
Agak menyedihkan apabila, mereka seolah-olah tidak memikirkan keselamatan diri serta bayi kerana kononnya mahu bersalin tanpa ada sebarang pengambilan ubatan di hospital.

Segelintir mereka juga ada yang mendakwa, bersalin menerusi kaedah itu adalah mengambil kira kepada kisah Maryam menjauhkan diri serta bersandar pada pohon kurma tatkala melahirkan Nabi Isa.

Paling tidak dapat diterima akal apabila, segelintir ibu ini bersalin di rumah hanya berpandukan kepada maklumat dan penceritaan pengalaman yang diperolehi hanya menerusi Internet sahaja.
Dakwaan puak ‘serba-serbi tahu’ ini jika tidak dipantau dibimbangi akan mengundang gejala lebih teruk apabila ramai yang akan terpengaruh sekaligus mengundang kesan buruk terhadap kesihatan masyarakat di negara ini. HMETRO
.


Bayi 10 Bulan Lebam Ditampar Pengasuh


Bersabarlah duhai hati, kuatlah duhai anak. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa terpaksa meninggalkan Nawra dengan orang lain kerana pergi mencari rezeki. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa yang tidak pandai menilai orang. Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra. Segalanya nampak sempurna untukmu sayang.

Tidak pernah terlintas orang akan memukul anak ummi ini sampai begitu sekali. Apa dosa bayi 10 bulan yang masih belum boleh merangkak dengan baik, apatah lagi memanjat atau nakal. Sungguh hancur hati ummi apabila pengasuh mengaku menamparmu. Hancur hati ummi bila Nawra menangis dan hari kelima ini, bengkak di muka masih belum surut. 

Tak dapat ummi bayangkan betapa kuat pengasuh menampar Nawra sehingga lebam berbirat, betapa kuat Nawra menangis, betapa takutnya Nawra melalui hari-hari tanpa ummi dan papa.

Patutlah selama ini Nawra sangat takut dengan orang sekeliling. Langsung tak boleh berpindah tangan dari ummi dan papa, tak boleh sesiapa ambil dan dukung Nawra daripada kami. 

Rupanya Nawra trauma dan takut ummi dan papa hilang lagi dan lagi. Sungguh bukan mudah memaafkan bila hati sangat sakit. Tetapi ummi redha dengan apa yang sudah terjadi. 

Kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kami sayang. Ummi tidak mahu dia hilang ibunya kerana ini. Ummi tidak mahu dia melalui hari-hari sepertimu, takut tanpa ibunya di sisi. 

Papa tahu ummi sedih, ummi tahu papa marah. Papa ajar ummi untuk melupakannya. Jangan ada dendam supaya hati tenang. Ummi redha, papa juga redha sayang. 

Jangan takut lagi Nawra, walaupun tanpa kami, kau punyai Allah duhai anak. Semoga Nawra sihat selalu dan membesar menjadi anak perempuan yang cerdik serta solehah. InshaAllah. - Nadea Teja | PIXEL MEDIA
.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

Curang! Isteri Simbah Asid Pada Suami


KAJANG - Tidak tahan dengan sikap curang suami, seorang wanita hilang kawalan lalu menyimbah asid ke atas lelaki itu di kediaman mereka di Taman Megah, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah malam itu, wanita terbabit menyimbah asid yang diisi pada sebuah botol kaca pada mangsa yang sedang tidur di biliknya.

Mangsa berusia 48 tahun bekerja sebagai pendawai elektrik, melecur 64% bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Kajang, lapor Kosmo!

Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai jurujual itu mengambil tindakan sedemikian kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang masih meneruskan hubungan sulit dengan wanita lain semenjak tiga tahun lalu. 

Wanita yang berusia 51 tahun itu dikatakan pernah cuba menasihati suaminya agar tidak meneruskan hubungan dengan kekasihnya itu. Malangnya mangsa enggan mengendahkan nasihat wanita berkenaan. - PIXEL MEDIA.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

Tinted Gelap, Denda RM4,000 & Penjara 12 Bulan


Bagi pemilik kenderaan yang masih degil melanggar undang-undang dan terus membiarkan tahap cermin gelap melebihi had akan berhadapan dengan denda yang cukup tinggi dan penalti di bawah akta undang-undang yang digazetkan awal bulan ini, disahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi The Sun.

Peraturan baharu berhubung cermin gelap pada ini diletakkan di bawah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 yang lebih diperketatkan berbanding peraturan 1991.

Pindaan peraturan ini telah pun mula dikuatkuasakan sejak 6 Februari lalu, pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan pertama, manakala pesalah yang mengulangi kesalahan tersebut akan didenda sehingga RM4,000 atau 12 bulan penjara, atau kedua-duanya.

Peraturan sebelum ini hanya mengenakan denda sebanyak RM500 atau dua minggu penjara bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan berikutnya didenda sebanyak RM1,000 atau hukuman penjara tidak sebulan tidak melebihi satu bulan.


Satu-satunya perubahan ketara di bawah peraturan 2016 ialah tahap lut cahaya yang minimum bagi cermin depan atau kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang ditetapkan sebanyak 30%.

Sebelum ini, tahap minimum bagi VLT untuk cermin hadapan kekal 70%, sementara cermin sisi (tempat pemandu dan penumpang di sebelah pemandu) kekal pada 50%.

Dengan peraturan baharu yang telah digazetkan ini, difahamkan pihak polis akan memburu dan menahan pemilik kenderaan yang menerima notis amaran sejak November 2014.

Menurut Liow, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program advokasi bagi peraturan baharu cermin gelap ini.

“Buat setakat ini tiada operasi khas. Undang-undang ini telah termaktub dan orang ramai perlu mematuhinya sepanjang masa,” ujar Liow.

Manakala Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad pula berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan yang berbeza untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan baharu cermin gelap ini.

“Kita akan meminta para pemilik kenderaan terbabit supaya mematuhi peraturan baharu ini dan akan memberikan masa bagi mereka menanggalkan lapisan cermin gelap yang melanggar undang-undang ini,” ujar Ismail. - PAULTAN
.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

'Jarak Kelahiran Anak Rapat², Perlu Ke Rasa Malu?'



Mungkin ada sesetengah ibu bapa di luar sana yang mengalami situasi seperti ini kan? Terasa malu apabila mendapat anak yang jarak kelahirannya rapat-rapat. Biasalah kan, mulut masyarakat kita ini suka sangat mengata hal orang.

1. Bila belum diberi rezeki anak, mulalah mereka berkata macam-macam. Mereka mula membuat perbandingan dengan orang yang baru berkahwin terus dapat anak. Tetapi yang sudah lama berkahwin masih belum ada anak. Mulalah mereka membuat spekulasi yang pasangan itu tidak subur.

2. Bila dah ada anak seorang, sibuk pula bertanya "Bila kau nak tambah anak seorang lagi Senah? Anak pertama kau pun dah besar tu, boleh tambah dah tu,". ALahai, ingat beranak ini senang seperti bercakap ke?

3. Bila anak berderet-deret, mulalah mereka mengata lagi. "Asyik mengandung pula kerjanya. Anak kecil lagi tetapi dalam perut on the way,"

Ah sudah! Semuanya serba tak kena. Tak ada anak, salah. Dah ada anak pun salah. Bila anak ramai pun salah. Adeh!

Tentang jarak kelahiran anak rapat-rapat ini, perlu ke berasa malu? Kadang-kadang kalau pergi berjalan-jalan di mall, ternampaklah situasi seperti ini. Dalam hati ada tertanya-tanya juga, "tak penat ke? Sebab anak kecil lagi, lepas itu mengandung lagi. Boleh ke kawal anak-anaknya semua? Nak buat kerja rumah lagi, nak jaga anak yang tengah lasak lagi, dalam perut pula ada adik mereka yang bakal dilahirkan," dan pelbagai persoalan yang bermain di minda.

Bagi saya, tidak perlulah berasa malu kalau dikurniakan anak yang jarak kelahirannya rapat-rapat. Cuma apa yang kita perlu buat ialah kuatkan mental, fizikal dan tanamkan sifat kesabaran yang tinggi. Iyalah, nak uruskan anak yang masih kecil bukan semudah yang disangka. Kasih sayang pun perlu dibahagi sama rata supaya abang/kakak tidak terasa diabaikan. 

Abaikan saja mulut-mulut longkang yang suka mengata dan abaikanlah pandangan-pandangan yang tidak berguna seperti itu. Masih wujud lagi orang seperti ini, pandang perempuan mengandung dengan anaknya yang baru bertatih macam semacam saja. Mulut terkumat kamit. Anggaplah mereka cemburu.

Anak adalah rezeki dan anugerah. Terkadang mesti terfikir, "bagaimana nak menyara anak yang ramai dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang?" Tetapi percayalah setiap anak yang lahir itu sudah ditetapkan rezekinya. Kita pun haruslah bijak merancang ekonomi keluarga. - Sebenarnya Saya Isteri Dia | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.

'Saya Dipecat Kerana Kritik Najib'



ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa dirinya dipecat oleh Putrajaya kerana tindakannya mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan isu 1MDB,  derma RM2.6 bilion dan GST.

"Sesungguhnya alasan sebenar tindakan ini diambil ke atas saya adalah kerana kritikan mengenai 1MDB, wang derma RM2.6 bilion dan bebanan sara hidup rakyat akibat GST yang telah saya suarakan terhadap Perdana Menteri seperti yang beliau sendiri akui. 

Dalam sidang media yang sama, Mukhriz juga memberikan amaran bahawa UMNO berada pada titik yang lemah selagi dipimpin oleh Najib. 

"Saya minta maaf untuk mengatakan ini, selagi Najib masih ada, UMNO akan terus berada pada titik yang paling lemah pada ketika ini. Skandal demi skandal, kita sudah tidak boleh menerima semua ini. Ini sudah melampau dan membuatkan rakyat dan kepimpinan yang lain trauma.

"Kita sudah tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.

Kenyataan Mukhriz itu juga turut disahkan oleh beberapa pelajar di luar negara yang mengakui bahawa mereka sendiri berasa malu dengan skandal yang terus menerus melanda kepimpinan kerajaan sehingga mereka malu untuk mengakui berasal dari Malaysia. - THEHYPEMEDIA.

⬆
Top