Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Para ibu mengandung selalu diingatkan makan berpada-pada, kawal permakanan dan sewaktu dengannya. Bila mengandung, para ibu memerlukan banyak makanan yang berkhasiat untuk diberikan kepada bayi dalam kandungan.

Selain pemakanan, emosi ibu mengandung juga perlu dijaga. Suami jangan sesekali membuatkan isteri yang sedang mengandung tertekan. Sebaliknya, cuba menggembira atau membahagiakan hari-hari mereka agar kandungan juga tidak tertekan sama. 

Sedih membaca perkongsian dari si ibu yang kehilangan anak pertamanya ini. Menurut doktor, bayi kepada Anis Anyza meninggal dunia dalam kandungan dan beberapa lagi punca yang lain. Bacalah, moga menjadi peringatan kepada para ibu mengandung yang lain di luar sana. 

"Alhamdulillah, terjawab sudah semuanya. Sudah tiada tanda tanya mengapa anak syurga ibu meninggal dunia. 

"Tadi dah berjumpa dengan doktor yang memaklumkan keputusan dari sample uri yang mereka ambil. Menurut doktor, Nazeem tidak memperolehi bekalan oksigen yang sepenuhnya dan uri tidak support makanan dengan baik kepada Nazeem serta tekanan darah saya tinggi. 

 TEKNIK INSTA

"Saya akui bahawa, semasa saya mengandung, saya terlalu stress dan terlalu memikirkan masalah. Tambahan pula, saya selalu makan lambat. Saya sanggup tidur dari makan. Saya terlupa yang saya bawa satu lagi nyawa dalam perut saya.

"Saya ada juga bertanya pada doktor, mengapa badan anak saya lebam-lebam. Doktor kata, Nazeem telah meninggal dunia dalam perut. Air ketuban pecah awal," katanya. 

Justeru, beliau meminta orang ramai tidak lagi bertanya mengapa badan anaknya kehitaman kerana persoalan seperti itu hanya akan membuatkan beliau sedih. 

Beliau juga menasihatkan agar para wanita yang lain berhati-hati dan lebih menghargai kandungan mereka. 

"Tenanglah duhai sayang. Sambutlah tangan ibu dan ayahmu di sana kelak," katanya. - The Reporter

Sumber asal: http://www.thereporter.my/2016/09/akhirnya-terjawab-sudah-semuanya.html.


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top