Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan satu sidang media bersama pemimpin pembangkang dan wakil-wakil badan-bukan kerajaan (NGO) petang ini dan menandatangani deklarasi bersama.

Antara yang hadir dalam sidang media tersebut termasuk bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali; Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Turut kelihatan bekas Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan Datuk S Ambiga.

Kelmarin, Nurul Izzah dalam sidang media di sebelah pagi memaklumkan PKR akan mengadakan sidang media bersama Mahathir hari ini berkenaan langkah Mahathir yang mahu membentuk kepimpinan baharu bagi agenda menyelamatkan negara.
.


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top