Pagi tadi sebelum saya nak ke sekolah untuk ceramah, saya singgah sebentar di kedai serbaneka 7 Eleven.
"Uncle, top-up ada?" tanya saya padanya.
Dia langsung tidak menjawab, tak layan dan buat muka macam tak dengar. Alamak, sudahlah saya tengah rushing ni.
Tiba-tiba, datang seorang makcik dan memberitahu saya, "Adik, kalau awak nak beli top-up, kena tunjuk di papan ini,".
"Eh?" saya hairan.
Makcik itu tadi terus meletakkan barang yang dia mahu beli di kaunter, bayar dan ambil baki. Yang membuatkan saya pelik ialah, duit baki itu dia berikan kembali pada uncle cashier ini. Lalu dia terus memasukkan duit itu di dalam poketnya.
Okay, saya sudah semakin pelik.
Chop! Saya perasan sesuatu, ada kad berwarna merah jambu di bajunya. Kad OKU yang ditulis 'Cacat Pendengaran'.
Sekarang, barulah saya faham dan tiba-tiba hati saya terus menjadi sebak, sayu dan terharu.
Nama uncle ini Edward, tak dapat mendengar dan bercakap. Uncle Edward ini pekak dan bisu, tetapi dia tidak pekak dan bisu hatinya kerana dia tahu mensyukuri apa yang dia ada dan mencari rezeki dengan apa yang dia punya.
Kita? Cukup sempurna tetapi masih banyak merungut dengan hidup. Asyik mengharapkan orang lain nak tolong, malas nak berusaha sendiri. Sibuk nak menyalahkan takdir serba serbi tidak mencukupi.
Teguran ini untuk diri sendiri sebab selalu lupa. Rupanya banyak lagi nikmat yang belum habis disyukuri. Jadi, apa lagi alasan untuk malas? - Izzhar Nazri
Susulan viralnya kisah uncle Edward ini, tampil beberapa kenalannya menceritakan tentang personaliti uncle Edward.
"OMG! Dia salah seorang kakitangan saya. 9 tahun dia bekerja di 7 Eleven. Saya sangat gembira yang diri saya adalah pengurusnya. Terharu bila awak berkongsi tentang dirinya. Terima kasih Nazri, sekrang dia dah famous," kata Rathika Selvamaniam
"Uncle ini orang taman saya. Dia ini memang baik. Kalau orang nak belanja pun, dia tak nak. Kalau dia makan pun, dia mesti pergi bayar duit untuk makanan dia. Dari situ kita boleh nampak yang dia tidak percaya sesiapa pun kecuali dirinya sendiri. Memang terbaiklah uncle ini," kata Macha Solo. - PIXEL MEDIA
.Susulan viralnya kisah uncle Edward ini, tampil beberapa kenalannya menceritakan tentang personaliti uncle Edward.