Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Ramai antara kita tidak gemarkan serangga. Jika ada serangga yang hinggap di atas badan, maka menggelupurlah cuba 'menyelamatkan' diri dari serangga tersebut.

Namun, serangga ini telah membantu Malaysia menjimatkan AS$10 billion (RM41.78 billion) sejak ia mula diimport ke Malaysia.

Serangga tersebut adalah kumbang kelapa sawit Afrika atau nama saintifiknya Elaeidobius kamerunicus.


Perdana Menteri, Najib Razak sendiri telah mengabadikan penghormatan kepada kumbang tersebut dalam ucapannya keitka perasmian satu mesyuarat biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Najib di dalam ucapan itu menjelaskan, ketika industri kelapa sawit masih di peringkat awal, kumbang ini diimport dari Cameroon dan diperkenalkan dalam sektor perladangan tempatan bermula pada tahun 1981.

Kumbang tersebut memainkan peranan dalam proses pendebungaan pokok kelapa sawit yang sebelum ini perlu dilakukan sendiri oleh tenaga kerja manusia.


Sejak ia diperkenalkan, kumbang terbabit telah merangsang pengeluaran kelapa sawit negar disamping menjimatkan kos. Sejak dari 982 hingga 2015, penjimatan yang dicapai dianggarkan bernilai sekitar AS$10 billion dollar. 
.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top