Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



PUTRAJAYA - Setiap keluarga di negara ini disarankan memilik empat orang anak bagi meluaskan sumbangan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara, demikian saranan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

Menurut beliau, pada ketika ini, rata-rata keluarga muda hanya memiliki dua orang anak sahaja. 

"Secara purata, kadar kelahiran adalah 2.0 bermakna rata-rata pasangan muda di negara ini hanya mempunyai anak seramai dua orang. Namun, berlandaskan keperluan populasi, jumlah ideal adalah empat orang," katanya mengulas mengenai penyusutan kadar kelahiran di Malaysia yang dikeluarkan oleh Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke 5 (KPKM5) baru-baru ini. 

"Kita memerlukan asas domestik yang luas dan berharap populasi penduduk seramai 30.5 juta ketika ini akan bertambah kerana, jika ia berkurangan, ia akan memberi kesan kepada ekonomi. 

"Asas domestik negara yang kecil menyaksikan negara perlu mewujudkan lebih banyak perdagangan dengan negara luar," katanya.

Setakat 2015, populasi penduduk mencecah 30.5 juta orang dengan 48% terdiri daripada wanita. Menjelang 2020, jumlah itu dijangka meningkat antara 32 hingga 34 juta orang. - BERNAMA
.


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top