Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Tolong berhati-hati dengan lelaki ini yang telah mengekori saya dalam perjalanan dari stesen KTM Bandar Tasik Selatan ke LRT Bukit Jalil.

Saya terserempak dengan lelaki ini ketika sedang membeli tiket untuk perjalanan dari Bandar Tasik Selatan ke Bukit Jalil. Dia menghampiri saya dan meminta bantuan untuk membeli tiket dari mesin yang disediakan. Selesai membantunya, saya terus beredar. 

Semasa menunggu train, lelaki itu duduk di sebelah saya dan menggesel tangannya pada saya. Tindakannya itu menyebabkan saya berganjak lebih kurang 3 meter dari dia. 

Dia mengekori saya di sekitar LRT Bukit Jalil semasa saya sedang menunggu rakan kolej datang menjemput. Dia juga kelihatan sedang bercakap dengan seseorang melalui telefonnya yang kerap mengulangi "Universiti girl,". 

Jadi, saya membuat keputusan untuk menunggu rakan saya di pondok perhentian bas kerana di tempat itu terdapat ramai orang. Saya juga sempat merakam video lelaki ini dengan berpura-pura membuat panggilan telefon. 

Lelaki ini kemudiannya hilang seketika dan datang semula dengan rakannya duduk berhampiran saya. 

Mujur rakan kolej saya tiba tepat pada masanya dan saya terus beredar dari tempat itu. 

Insiden ini berlaku pada jam 11:20 pagi - 1:40 petang. Tolong berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling anda. - Cheryl Yew Li-Qwen | Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top