Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


PUTRAJAYA - Isu bawa bekal ke pejabat bagi menangani kos sara hidup hanya sekadar gurauan bersama pegawai-pegawai kementerian sahaja, demikian penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin.

"Media tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai isu besar kerana itu adalah cara saya bermesra dengan pegawai-pegawai ketika berada di perhimpunanan bulanan KPDNKK.

"Itu bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat. Selepas ini saya tak boleh buat lawak lagi. Kena jadi sangat serius dengan pihak media," katanya semalam.

Kenyataan Datuk Hamzah itu menjadi bualan hangat di media sosial sebaik saja sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan beliau menggesa kakitangannya membawa bekalan tengah hari atau memasak makanan mereka di pejabat bagi menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top