Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Benarlah kata orang, bila mamak berniaga, persatuan akan tolong setup kedai sampai jadi restoran. Tetapi bila Melayu berniaga, tahu-tahu saja ada yang dengki walaupun bukan pesaing. Itulah nasib yang menimpa Pakwan Zarma, di mana gerai Chicken Chop beliau diserbu oleh Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar. 


Terkejut dan sedih kerana gerai Chicken Chop saya diserbu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar sebentar tadi. 

Menurut pegawai berkenaan, mereka menerima aduan dari peniaga yang menjual makanan di waktu tengah hari di tapak niaga yang sama di mana gerai saya hanya dibuka pada waktu petang sehingga malam. Kononnya banyak tumpahan minyak goreng dan kotor. 

Ketika serbuan, saya tiada di tempat itu. Para pekerja saya telah menjelaskan kepada pegawai penguatkuasa bahaya tiada apa yang kotor dan memaklumkan setiap malam setelah habis berniaga, kami akan membersihkan tapak berniaga dengan sabun sehingga bersih dan kering. Malah saya juga telah meletakkan alas di tempat menggoreng agar minyaknya tidak tumpah ke jalan. 

Saya sentiasa mengambil berat mengenai soal tempat menggoreng dan kebersihan tempat berniaga. Tetapi apakan daya kerana hasutan syaitan bersifatkan dengki manusia, saya tak dapat nak menghalang. Allah saja yang tahu keadaan yang sebenar. 

Saya tidak menyalahkan penguatkuasa MPK kerana mereka menjalankan tugas berdasarkan aduan yang diterima. Apa yang dikesalkan ialah sifat orang Melayu yang busuk hati dan dengki tidak boleh melihat orang naik sikit.

Patutlah pekerja saya memberitahu bahawa pengadu mundar mandir dan pusing-pusing memantau gerai saya. Malah sebelum ini dia sanggup makan di gerai bersebelahan semata-mata untuk melihat urusan perniagaan saya.

Semoga Allah SWT melindungi kami semua dari sebarang khianat dan sebagai. Amin ya rabbal alamin. - Pak Wan Zarma | THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top