Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan mengenakan potongan gaji mandatori terhadap peminjam yang juga kakitangan kerajaan bahkan menyediakan ruang rayuan.
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PTPTN akan mengembalikan semula amaun potongan setelah ditolak ansuran bulanan berdasarkan jadual bayaran balik semasa kepada 3,193 peminjam terlibat.
Menurutnya, pendirian tersebut dibuat setelah PTPTN mengambil pandangan pelbagai pihak terutama rayuan peminjam sendiri selain menolak dakwaan tidak konsisten dalam melaksana peranan serta fungsi mereka.
“Bagaimanapun, peminjam terlibat digesa tampil atau datang berunding dengan PTPTN selewat-lewatnya 18 Januari 2016.
“Jika peminjam terlibat gagal berunding dalam tempoh masa ditetapkan, jumlah ansuran potongan gaji mandatori yang dinyata dalam surat tersebut  dikenakan semula kepada peminjam,” katanya.
Jelasnya, berdasarkan perjanjian yang ditandatangani, peminjam perlu melangsaikan hutang mereka dalam tempoh 5 tahun (pinjaman RM10,000 dan ke bawah), 10 tahun (RM10,000-RM22,000), 15 tahun (RM22,000-RM50,000) dan 20 tahun (lebih RM50,000).
“Bagi tidak mampu melangsaikan dalam tempoh tersebut, rundingan perlu diadakan dan kebiasaannya perjanjian baharu dengan tempoh lebih panjang dan ansuran bulanan lebih rendah akan ditandatangani (restructuring).
“Sebaliknya pula bagi mereka yang enggan berunding, pilihan terakhir tindakan perundangan untuk yang telah tamat tempoh bayaran balik dan potongan gaji mandatori dengan membahagikan jumlah hutang dengan baki tempoh bayaran balik”.
Katanya, jika baki tempoh hanya beberapa bulan, maka potongan gaji bulanan adalah tinggi.
“PTPTN sedar situasi dihadapi semua pihak, namun PTPTN juga bimbang tidak mampu sediakan dana secukupnya untuk pelajar ke IPT," katanya.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top