Akur dengan tekanan ekonomi
Terdapat juga netizen yang akur dengan realiti yang dikemukakan oleh Ahmad Maslan dan bersetuju bahawa dua kerja merupakan satu keperluan untuk memenuhi tuntutan hidup.
Ahmad Maslan disindir
Netizen juga melahirkan rasa tidak setuju dengan cadangan tersebut melalui twit bernada sinis.
Polisi syarikat
Ada juga netizen yang mempersoalkan cadangan tersebut dari sudut polisi syarikat kerana terdapat sesetengah syarikat yang tidak membenarkan para pekerja untuk terlibat dengan kerja sambilan.
Selepas dikritik keras kerana bercakap tentang dua kerja rakyat Malaysia bagi menampung kos sara hidup tinggi, Datuk Ahmad Maslan hari ini tampil mempertahankan kenyataan itu.
Malah, katanya, beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.
“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja.
“Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.