Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Gambar tiga wanita sedang membuat sayur masin tersebar di laman sosial baru-baru ini mengundang rasa loya netizen.

"Ini bukan setakat masin, pakej masam sekali!" kata netizen.

Gambar yang tersebar itu tidak diketahui lokasi sebenarnya. Namun apa yang boleh kami pastikan ialah perkara itu tidak berlaku di Malaysia dan berkemungkinan besar berlaku di negara jiran berikutan pencarian kami mendapati gambar tersebut mula dimuat naik ke laman sosial dari negara berkenaan.

Bagaimanapun, netizen mempertikaikan tahap kebersihan sayur masin yang disediakan itu berikutan tiga wanita terbabit masuk ke dalam 'kolam' yang digunakan untuk merendam sayur sawi tersebut bagi memilih sayur-sayur masing itu diletakkan dalam bekas besar untuk dibungkus dalam paket.

"Aduh, itu kan makanan. Sudahlah tidak mematuhi kebersihan, manalah tahu berpeluh ke, badan berkurap ke, berkudis ke, boleh pula diorang masuk dalam kolam rendam macam tu je. Hilang selera aku nak masak sayur masin hari ni," kata Alfiah. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top