Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia diminta menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri berbanding dari menanam bunga dan pokok-pokok perhiasan, demikian saranan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya, dengan cara itu rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport yang kini harganya semakin mahal, kesan kadar pertukaran dan nilai ringgit yang susut berbanding dolar Amerika Syarikat. 

"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan. Maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," katanya di Dewan Rakyat semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR) Bukit Katil). 

"Semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah. 

"Program 'Jom Bertani' tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada (menanam) pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah. Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya berseloroh. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top