Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Tiada lagi ipad. Selamat tinggal pada YouTube dan handphone. Digantikan pula dengan Lego. Emak dia baru balik dari kursus terus mengharamkan rutin harian bermain iPad. Diharapkan pengharaman ini tidak berkuatkuasa setakat seminggu sahaja. Maklumlah baru mendapat hidayah dari trainer motivasi.

Katanya trainer ada buat siasatan terhadap remaja Kuala Lumpur. Ada yang berumur 12 tahun sudah mempunyai group 'call girl. Ada moderator dewasa yang ajar benda bukan-bukan.

Sebenarnya saya tidak pernah membeli iPad untuk budak-budak ini. Bagi saya simple sahaja. Kalau kita malas melayan karenah anak dan jika anak-anak menangis, kita hulurkan iPad, bermakna kita tidak layak menjadi ibu bapa yang baik. 

Mereka perlukan perhatian

Menurut pakar psikologi dari pembacaan saya, kesan iPad kepada kanak-kanak ialah:
  1. Otak anak menjadi pasir kerana mata mereka tidak bergerak dan fokus pada satu tempat.
  2. Mengganggu perkembangan saraf otak bayi dan merencatkan keupayaan anak untuk berkembang kerana kurangnya pergerakan.
  3. Menganggu proses pembesaran anak untuk menjadi seorang kanak-kanak yang aktif.
  4. Menganggu proses perkembangan bahasa kanak-kanak kerana kurangnya berinteraksi dengan ibu bapa.
  5. Ipad mengehadkan penggunaan deria bayi terutamanya deria bau dan sentuhan.

Harap-harap emak diaorang tidak insaf setakat tujuh hari sahaja. Maklumlah budak-budak ini pandai memujuk.

Kurangkan penggunaan iPad. - Shaari Anuar

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top