Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Antara bangang, bodoh, dan kurang cerdik, tak tahu yang mana satu sesuai untuk wanita bernama Farah Ain Nabila ini apabila tindakannya menghina anak orang tersebar di laman sosial. 

Tidak pernah sesekali kita diajar untuk menghina atau mengutuk kekurangan orang lain, kerana perbuatan itu sengaja memperlekehkan ciptaan Allah. Tetapi tidak bagi wanita ini, dia seolah-olah lupa bahawa betapa berdosanya berbuat seperti itu.

Farah Ain Nabila, menghantar mesej pada Puan Nee seperti berikut:


"Allah, apa motif dia yang sebenarnya ini? Dia sendiri yang unfriend Nee, tiba-tiba dia add Nee balik. Siap mesej yang bukan-bukan pula tu. Cakaplah apa yang awak nak cakap, Nee tak kisah. Nanti awak letih, awak diamlah. Tak guna melayan manusia seperti ini. Buat sakit hati saja. Beruntungnya hari ini mendapat pahala free," katanya yang masih keliru bagaimana individu terbabit masih dapat menghantar mesej padanya sedangkan dia telah menyekatnya dari Facebook.

Mengetahui dirinya telah menjadi perhatian ramai di laman sosial, Farah Ain Nabila sekali lagi menyerang Puan Nee. 


"Eh betina sial! You ii memang nak cari pasal dengan I. Apa pasal you screenshots perbualan semalam? Yang you sentap sangat tu kenapa? Memang betul kan anak you cacat, dah macam alien je I tengok anak you. Malang sungguh anak you itu kan," katanya yang sengaja menyakitkan hati Puan Nee.


"Ada orang cakap anak ibu cacat, muka macam alien. Allahuakbar. Hati ibu mana yang tak sedih dan terkilan bila permata hati dia dihina orang. Apalah salah budak ini. Tak kisahlah dik orang nak kata adik macam-macam. Walau macam mana pun rupa adik, ibu, ayah, oma, bunda dan abang-abang tetap sayangkan adik. Tabah ye dik. Ibu tahu adik seorang yang kuat," luahnya di laman Facebooknya yang jelas sekali terkesan dengan tindakan kurang ajar wanita itu.

Mohon orang ramai yang mempunyai kepakaran IT menjejak individu ini dan buat laporan polis agar dia dikenakan tindakan undang-undang. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top