Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KAJANG - Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun diculik oleh dua orang lelaki di depan mata ibunya sendiri, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku di depan Tadika Cekap Bahasa, Sungai Chua itu, seorang lelaki dilihat bercakap dengan wanita terbabit dipercayai berpura-pura bertanyakan jalan. 

Selepas 5 minit berlalu, seorang lelaki yang juga rakan suspek keluar dari kereta menuju ke arah mereka kononnya ingin mengetahui perbualan mereka. 

Suspek pertama secara tiba-tiba terus merentap kanak-kanak terbabit dari ibunya dan terus masuk ke dalam kereta jenis Proton Saga, nombor pendaftaran WST 2936. Ibu mangsa cuba menghalang namun gagal berbuat demikian. 

Kejadian itu berjaya dirakam oleh CCTV berhampiran. Dua suspek berkenaan dilaporkan berbangsa Melayu.

Ibu mangsa telah membuat laporan polis di balai berhampiran sejurus selepas kejadian itu.

Tersebar di sosial media mengatakan bahawa kanak-kanak itu telah dijumpai. Individu yang menyebarkan berita itu kononnya rakan sepejabat ahli keluarga mangsa dan mendakwa sumber yang diperolehi boleh dipercayai.

Malangnya, ibu saudara mangsa, Casey Lee, menafikan dakwaan itu. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top