Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

gambar sekadar hiasan

Aku ada tiga orang anak. Aku kerja bergaji RM1,800. Orang rumah aku kerja, gaji RM3,000. Ada tanggungan rumah dan kereta, susu, pampers, belanja dapur, pengasuh anak-anak, bil elektrik, bil air dan petrol untuk ulang alik ke tempat kerja.

Sampai hujung bulan, kami selalu sesak. Kereta, kadang-kadang sangkut tak berbayar. Walaupun aku ada buat kerja sambilan hantar buah potong pun masih tak cukup. Sampailah Allah menguji kami sekeluarga yang anak bongsu yang masih kecil itu sakit, aku suruh isteri aku berhenti kerja. 

Tak apalah, tawakal saja walaupun kami tengah sesak. Anak aku itu lagi penting dari segala-galanya.

Ajaibnya, tiga ke empat bulan isteri aku dah tak berkerja, semuanya berlalu dengan mudah. Kereta boleh bayar, rumah, keperluan sekeluarga semua cukup. Di hujung minggu, kami siap boleh makan di luar. Padahal selama ini, sangat susah untuk makan di luar. 

Makan pakai keluarga, serba lengkap. Siap ada duit lebih, aku kirimkan pada ibu. Padahal gaji aku, RM1,800 sahaja, ditambah dengan gaji kerja sambilan RM300, jadilah RM2,100. Rasa berkat sikit rezeki. 

Sekarang barulah aku faham, nafkah itu memang tanggungjawab suami. Kalau Allah dah kata komitmen suami, Allah akan cukupkan juga walaupun isteri tidak bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

Berkat isteri duduk di rumah juga terasa sangat. Balik rumah saja, ada masa dengan keluarga. Anak-anak sambut depan pintu. Padahal sebelum ini, masing-masing penat, rumah sunyi.

Sekarang aku faham yang Allah bagi kita kecukupan sesuai dengan keadaan kita. Kalau kita rasa tidak cukup, maka tidak pernah akan rasa cukup. Percayalah bahawa Allah akan selalu menolong hambaNya. Lebih-lebih lagi kalau kita mengikut fitrah yang Allah tetapkan. - Penulis Tidak Bernama

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top