Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Gua Musang: Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.
Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38,  ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam.
Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.
"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.
Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang’ menyebabkan mereka masih hidup.
“Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya - THEHYPERMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top