Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Sekadar menyampaikan luahan yang disampaikan. Memang banyak kebenarannya setelah kita menyaksikan Landskap di saluran TV1 semalam.

Wow! So sad. Landskap TV1 semalam mengenai Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS). Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalahkan guru kerana buat rekod-rekod yang tidak perlu. Buat bilik dan fail yang tidak perlu dan siap kata mereka tidak pernah minta. Tetapi at the end mereka kata maklumat perlu ditunjukkan kepada ibu bapa dan murid (nak tunjuk maklumat, tak ke melalui evidences yang difailkan itu?).

Ya Allah.. antara sebab mengapa saya rasa takut berada di dalam bahagian KPM. Terlalu banyak kerja-kerja pentadbiran yang akhirnya diperturunkan kepada cikgu. Bila tak betul dibuat pada pandangan mereka, terus cikgu yang akan dipersalahkan.

Satu Malaysia kot yang buat fail dan bina bilik fail dalam bilik peperiksaan? Ini arahan daripada pegawai yang datang membuat penataran dan memberi taklimat PBS dulu kepada ju dan sup. 

Bukan main kami guru-guru bertanya macam-macam. Ada sesetengah soalan, pegawai-pegawai tak boleh nak jawab. Alih-alih sekarang, isu macam ini timbul dan salahkan guru dengan menggunakan perkataan 'Sepatutnya'.

Okay, next time kami rakam segala butiran maklumat yang diberikan kepada kami dalam taklimat. 

Please, bila sudah di atas, selamilah tugas yang di bawah. Arahan dan corak yang diberi memang cukup mudah disebut secara lisan tetapi perlaksaannya secara realiti adalah tidak relevan.

Mengenai fail dan penyediaan bilik itu, ada je bahan Powerpoint dibekalkan oleh pegawai yang datang beri taklimat. Kalau guru yang salah, kenapa Powerpoint daripada pegawai itu sedemikian pula? 

Sila sediakan senarai semak keperluan PBS dan PS bagi pelajar tingkatan 1 - 3 mengikut setiap mata pelajaran sebagai panduan guru-guru. Harap maklum bahawa, setiap mata pelajaran ini ada bilangan tema berbeza dan bilangan topik berbeza serta kemahiran berbeza. Di sudut bahasa, penguasan band memang boleh dibuat secara berperingkat tetapi dalam mata pelajaran lain, band 1 telah ditabur dalam bab-bab mata pelajaran itu. Mengikut kesesuaian tema, ada band 1 terdapat dalam bab akhir yang mana dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) telah dirancang untuk dibuat pada akhir sesi PDP tahunan. Bila pentadbir minta tunjuk penguasaan band murid, ada mata pelajaran terpaksa tunjuk bahawa murid mereka belum mencapai apa-apa band termasuk band 1 kerana mereka belum lagi mengajar bab yang mempunyai band 1 kerana tertakluk pada RPT. Kalau mereka beri juga pelepasan band 1, bermaksud cikgu itu sekarang tengah ajar lompat-lompat bab atau cikgu itu dituduh menipu data kerana Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) dibuat tidak selari dengan RPT. 

Please, turun padang dan buat bersama-sama dengan kami berbanding memberikan arahan kepada kami sebab ada pegawai bila diberitahu keadaan yang kami kena buat, barulah dia tersedar kerumitan masalah. Please, pakar-pakar pendidikan di universiti yang tidak pernah turun mengajar di sekolah, jangan menambah komen berdasarkan kepakaran atas kertas sahaja. Turun padang. 

Betul kata pensyarah saya dulu, "Saya tak suka bila ada pensyarah mengajar saya cara mendidik murid bila saya tahu dia tidak pernah mengajar melebihi satu tahun di sekolah menengah/rendah. Macam mana you boleh katakan diri you seorang pensyarah pendidikan bila you tak pernah tahu tugas guru itu sendiri bagaimana?".

Tersentuh hati sebenarnya melihat rakaman wawancara di TV1 itu. Tak sangka pegawai KPM boleh menurunkan kesalahan kepada guru sedangkan arahan mereka jelas dalam taklimat yang ada. Kemudian, guru ditanya pentadbir tentang pencapaian band murid, Program Sarana, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-kurikulum (PAJSK) kerana pentadbir ditanya oleh PPD. PPD pula diasak oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). JPN pula diminta bentang laporan di KPM. Siapa sebenarnya punca masalah ini terjadi??

Astagfirullah.. sudahlah cikgu yang fight tentang masalah PBS dan SPPBS telah dibuang kerja kerana usaha beliau. Siapa lagi yang boleh kami berharap? Bila kami bangkit, kami akan dilabelkan sebagai membangkang walhal suara masalah kami tidak dilayan mereka sewaktu dalam taklimat atau helpdesk SPPBS. Kami telah seboleh-bolehnya menjalankan arahan seperti yang diminta sebab kami akan dijawab oleh pegawai dengan pertanyaan "Mana surat kuasa?" dan ada pegawai yang lebih selamba beritahu "Kami tak tahu tetapi ini arahan. Kita semua 'Saya yang menurut perintah,". 

Please, stop blaming teachers. Sedih bila tengok pegawai atasan menyalahkan guru. Teruknya cikgu di mata masyarakat hingga pegawai dalam KPM sendiri pun salahkan cikgu. I think I do love how KP JPK membela guru-guru di bawahnya dalam kes SK Tohoi. Saya berharap, tidak ada individu berkepentingan politik pula menganggu seperti sebelum ini. Sibuk pembangkang cari idea untuk menghentam kerajaan dan salah. - Muhammad Sani

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA sahaja. 

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top