Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


SHAH ALAM - Permain pertahanan JDT, Aidil Zafuan diperintah membayar RM30,000 dari jumlah tuntutan sebenar RM300,000 sebagai mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mawardi Che Man, setelah berpuas hati plaintif layak membuat tuntutan berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini, lapor Sinar Harian.

"Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat, namun ia ditarik semula," katanya. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top