Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Susulan perkongsian mengenai sebuah keluarga yang kehabisan minyak motosikal disiarkan kami semalam, netizen tampil mendedahkan bahawa pasangan terbabit telah lama menjalankan kegiatan menipu orang ramai.

Modus operandi mereka yang menjaja cerita anak sakit, isteri sakit, selain dari mempergunakan anak mereka sendiri untuk meraih simpati orang ramai, akhirnya terbongkar jua apabila ramai individu yang pernah menjadi mangsa mereka tampil membongkarkan taktik keji pasangan ini.

Tidak dinafikan, cerita yang dijaja sememangnya mampu membuatkan anda mengalir air mata. Namun, jika sudah tergamak mempergunakan anak sendiri untuk meraih wang haram, kegiatan pasangan ini harus dihalang. 

Menurut perkongsian dari netizen, pasangan terbabit pernah dipenjarakan kerana terlibat dalam najis dadah iaitu, pil kuda. Anak-anak kecil mereka pula diserahkan kepada nenek untuk dijaga.

Namun. setelah dibebaskan dari penjara, pasangan ini mempergunakan anak mereka untuk melakukan kes penipuan. 

"Suami isteri kaki kencing, kaki pil kuda. Ramai yang dah terkena dengan cerita yang direka. Member saya dah terkena dengan cerita yang sama. Siap menangis-nangis lagi," kata Zaibahari. 

Baca lagi pendedahan netizen di sini https://goo.gl/1efqrE




Disebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang membuatkan masyarakat berasa was-was mahu menghulurkan bantuan. Bimbang ditipu sungguhpun mendapat pahala ditipu. 

Sudah ramai yang menjadi mangsa pasangan ini, diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangkap pasangan ini segera. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top