PUTRAJAYA - Permohonan untuk menduduki rumah penjawat awam di Putrajaya akan diberikan keutamaan pada guru, jururawat dan anggota polis, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Maka terjawablah persoalan dan rungutan sesetengah penjawat awam yang bukan dari golongan yang dinyatakan di atas selama ini dengan maklumbalas yang diberikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya itu.
Menurut Adnan, perkara itu telah diajukan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.
"Bilangan kuarters adalah terhad tetapi jumlah permohonan sentiasa bertambah di mana sehingga kini terdapat kira-kira 17,000 pemohon berada dalam senarai menunggu.
"Sebagai menangani masalah itu, saya telah berbincang dan meminta BPH memberi keutamaan kepada guru, jururawat dan anggota polis dalam memberi kelulusan untuk mendiami kuaters kerajaan di Putrajaya," katanya dalam ucapan di majlis penyampaian hadian pertandingan menghias sekolah dan kelas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di SMK Putrajaya Presint 18 (1), semalam. - THEHYPEMEDIA